Sabtu, 4 November 2017

Safiq Rahim tidak digugurkan



Wartawan Sinar Harian
18 Januari 2013
 Safiq Rahim
Safiq Rahim

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) menolak dakwaan Safiq Rahim telah disingkirkan dari skuad Harimau Malaya berikutan namanya tidak tersenarai dalam 26 pemain yang akan  mengikuti latihan pusat dan pemilihan bermula 26 Januari ini.

Menyifatkan pengguguran tersebut dilakukan atas sebab-sebab teknikal, FAM menerusi kenyataannya berkata: “Ketua pasukan Harimau Malaya itu tidak tersenarai dari persiapan perlawanan persahabatan antarabangsa dan pusingan kelayakan Piala Asia 2013 di Doha Qatar bulan depan kerana berpandukan kepada undang-undang AFC.

“Safiq Rahim masih digantung satu lagi perlawanan antarabangsa akibat menerima kad merah ketika Perlawanan Kelayakan Piala Dunia menentang Singapura di Stadium Jalan Besar, Singapora pada 23 Julai 2011.

“Sehubungan itu, laporan sebuah akhbar mengatakan Safiq Rahim digugurkan adalah tidak tepat.”
SUMBER-SINAR HARIAN ONLINE 18 Januari 2013

Tiada ulasan:

Catat Ulasan