Ahad, 25 Jun 2017

Iraq, Saudi laluan getir Malaysia



ARKIB : 16/04/2006
KUALA LUMPUR - Malaysia terselamat daripada diundi bersama juara bertahan, Korea Selatan tetapi menghadapi laluan getir kerana menyertai Iraq dan Arab Saudi dalam Kumpulan D pusingan akhir Kejohanan Bola Sepak Belia Asia, Oktober ini.

Undian di Kolkata semalam, turut menyaksikan Vietnam sebagai anggota pelengkap kumpulan ini yang mungkin masih menyimpan dendam kekalahan 0-1 kepada Malaysia, dua tahun lalu.

Malaysia mara ke pusingan akhir di Kolkata dari 29 Oktober hingga 12 November ini setelah menewaskan Myanmar tetapi disekat China 0-3 pada suku akhir 2004 di Kuala Lumpur.

Hanya Aidil Zafuan Razak dan Zaquan Adha Razak serta Safiq Rahim yang kini tercedera lutut, pernah beraksi pada 2004. Malaysia juga merupakan naib juara kejohanan 1959 setelah dikalahkan Korea Selatan 1-2.

Tuan rumah, India pula menyertai Korea Selatan, Kyrgyzstan dan Jordan membentuk Kumpulan A manakala China, Thailand, Amiriah Arab Bersatu (UAE) dan Australia menganggotai Kumpulan B.

Kumpulan C pula menampilkan Jepun, Iran, Tajikistan dan Korea Utara dengan hanya empat pasukan yang mara ke separuh akhir, akan mewakili Asia ke Kejohanan Belia Dunia di Kanada, tahun depan.

Sementara itu, anak didik K. Rajagopal ini tewas 3-5 kepada Balestier Khalsa pada perlawanan pusingan pertama Piala Singapura di Stadium Toa Payoh, Singapura, semalam.

Gol Malaysia dijaringkan oleh Farderin Kadir pada minit ke-45, Khyril Muhaymeen, tiga minit kemudian dan penyerang utama pasukan, Zaquan pada minit terakhir.

SUMBER-Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt=0416&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz4l41l3bfc
© Utusan Melayu (M) Bhd

Jumaat, 16 Jun 2017

Kalah bukan penamat perjuangan - Safiq

RABU, 14 JUN 2017 @ 4:41 PM
Oleh Rizar Mohd Noor rizar@bh.com.my KAPTEN skuad bola sepak kebangsaan, Safiq Rahim. - Foto BERNAMA

JOHOR BAHRU: Kapten skuad bola sepak kebangsaan, Safiq Rahim tidak menganggap kekalahan 1-2 kepada Lubnan pada aksi Kumpulan B Kelayakan Piala Asia 2019, malam tadi sebagai penamat perjuangan Harimau Malaya. Sebaliknya, dia optimis Harimau Malaya akan bangkit dalam aksi seterusnya dengan pengendali pasukan, Nelo Vingada bakal membuat pembaharuan drastik bagi memastikan corak permainan yang tampak sudah ada peningkatan akan lebih konsisten.

       Katanya, pada aksi di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin itu kesemua pemain sudah memberi yang terbaik terutama di babak pertama namun kegagalan untuk mengekalkan kelebihan selepas mendahului Lubnan menyaksikan pasukan lawan bangkit mencipta kemenangan.

     "Saya tidak nafikan pemain nombor 20 (Rabih Ataya) yang masuk sebagai pemain gantian pada babak kedua memiliki kualiti permainan yang baik dengan sering mengkucar-kacirkan benteng sebelum menjaringkan dua gol.

 "Apapun ia pengalaman berguna buat kami dan kami berjanji tidak mengulangi kesilapan sama lagi pada aksi seterusnya," kata Syafiq yang dilantik semula mengetuai pasukan selepas keluar daripada persaraan sejak Julai tahun lalu.

      Safiq mengakui dia dan rakan sepasukan juga masih memerlukan masa untuk memahami falsafah permainan yang mahu diterapkan Vingada selepas hanya mempunyai tempoh dua minggu berlatih bersama jurulatih kelahiran Portugal itu.

"Saya yakin kami akan lebih memahami corak yang diterapkan Vingada dan tampil lebih mantap pada aksi kedua menentang Hong Kong 5 September nanti," katanya


Sumber-Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/292920

Isnin, 12 Jun 2017

Safiq kembali pimpin Harimau Malaya



Isnin, 12 Jun 2017 @ 6:50 PM
 
NELO Vingada (kiri) bersama penolongnya Tan Cheng Hoe (kanan) dan ketua pasukan, Safiq Rahim (tengah) menjawab saolan wartawan pada sidang media Perlawanan Kelayakan Piala Asia di Hotel Thistle, Johor Bahru. - Foto Zulkarnain Ahmad Tajuddin

      JOHOR BAHRU: Kapten Johor Darul Ta'zim (JDT) Safiq Rahim kembali diberi tugas memimpin skuad kebangsaan dalam aksi Kelayakan Piala Asia 2019 menentang Lubnan di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, malam esok.

      Ketua jurulatih Harimau Malaya, Nelo Vingada, berkata pemilihan pemain berusia 30 tahun itu adalah sesuai kerana Safiq adalah wakil terbaik sebagai penghubung antara beliau dan pemain lain dalam merencanakan strategi pada perlawanan esok.

      "Sebelum ini dia pernah menjadi kapten dan ini bukan kali pertama, ...bagi saya dia boleh bermain dengan baik dan mempunyai banyak pengalaman untuk menggalas tanggungjawab itu," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Sementara itu, pemain tengah JDT itu tekad akan menampilkan prestasi terbaik pada aksi pertamanya bersama skuad Harimau Malaya, sejak pengumumannya untuk bersara daripada skuad berkenaan pada Julai tahun lalu.

      Sambil menyifatkan tanggungjawab itu bukan sesuatu yang mudah, Safiq berkata beliau dan rakan sepasukan akan berusaha mempamerkan aksi terbaik bagi memperoleh keputusan yang diingini.

 "Perlawanan itu sudah semestinya sukar. Kita mungkin berwajah baharu dan berdepan cabaran baharu, tetapi sasaran kami adalah untuk melakukan yang terbaik. "Setiap perlawanan ada tekanan. Saya dan rakan-rakan pernah berdepan situasi begitu...tetapi kita ambil yang positif sahaja...kita bermain di tempat sendiri yang beri kita lebih motivasi," katanya.

      Sementara itu, jurulatih Lubnan, Miodrag Radulovic berkata, ketiadaan pemain tengah Mohammed Ghaddar tidak menjejaskan rentak permainan pasukannya. "Itu keputusan Ghaddar sendiri untuk tidak mahu beraksi...namun saya tidak berapa kisah.

      "Kami mempunyai beberapa pemain lain yang boleh menggantikan beliau," katanya sambil berharap anak buahnya dapat mengekalkan momentum selepas menewaskan Hong Kong 2-0 pada 28 Mac lalu untuk mendahului Kumpulan B.

      Beliau mengakui menentang Malaysia yang beraksi di gelanggang sendiri, bukan sesuatu yang mudah, namun anak buahnya sudah bersedia berdepan cabaran berkenaan. - BERNAMA

Sumber-Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/292247

Vingada pilih Safiq kapten



BERNAMA
 
KAPTEN Johor Darul Ta'zim (JDT) Safiq Rahim kembali diberi tugas memimpin skuad kebangsaan dalam aksi Kelayakan Piala Asia 2019 menentang Lubnan di Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos, Larkin, malam esok.

Ketua jurulatih Harimau Malaya, Nelo Vingada berkata pemilihan pemain berusia 30 tahun itu adalah sesuai kerana Safiq wakil terbaik penghubung antara beliau dan pemain lain dalam merencanakan strategi pada perlawanan itu.

"Sebelum ini dia pernah menjadi kapten dan ini bukan kali pertama. Bagi saya dia boleh bermain dengan baik dan mempunyai banyak pengalaman untuk menggalas tanggungjawab itu," katanya hari ini.

Sementara itu, pemain tengah JDT itu tekad akan menampilkan prestasi terbaik pada aksi pertamanya bersama skuad Harimau Malaya, sejak pengumumannya untuk bersara daripada skuad berkenaan pada Julai tahun lalu.

Sambil menyifatkan tanggungjawab itu bukan sesuatu yang mudah, Safiq berkata beliau dan rakan sepasukan akan berusaha mempamerkan aksi terbaik bagi memperoleh keputusan yang diingini.

"Perlawanan itu sudah semestinya sukar. Kita mungkin berwajah baharu dan berdepan cabaran baharu, tetapi sasaran kami adalah untuk melakukan yang terbaik. "Setiap perlawanan ada tekanan. Saya dan rakan-rakan pernah berdepan situasi begitu. Kita ambil yang positif sahaja. Kita bermain di tempat sendiri yang beri kita lebih motivasi," katanya.

Jurulatih Lubnan Miodrag Radulovic berkata ketiadaan pemain tengah Mohammed Ghaddar tidak menjejaskan rentak permainan pasukannya. "Itu keputusan Ghaddar sendiri untuk tidak mahu beraksi. Namun saya tidak berapa kisah.

Kami mempunyai beberapa pemain lain yang boleh menggantikan beliau," katanya sambil berharap anak buahnya dapat mengekalkan momentum selepas menewaskan Hong Kong 2-0 pada 28 Mac lalu untuk mendahului Kumpulan B.

Beliau mengakui menentang Malaysia yang beraksi di gelanggang sendiri, bukan sesuatu yang mudah, namun anak buahnya sudah bersedia berdepan cabaran itu.

Sumber-Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 12 Jun 2017 @ 6:00 PM

Safiq dipilih kapten skuad kebangsaan



Mohd. Khairul Mohd. Ali
12 Jun 2017 1:45 PM
JOHOR BAHRU 12 Jun - Kapten Johor Darul Ta’zim (JDT), Safiq Rahim akan kembali memikul tanggungjawab selaku kapten skuad kebangsaan dalam perlawanan kelayakan Piala Asia 2019 menentang Lubnan, di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin sini malam esok.

Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Nelo Vingada berkata, pemilihan Safiq sebagai kapten pasukan dibuat menerusi beberapa faktor.

“Safiq merupakan wakil terbaik dalam kalangan pemain untuk memikul tanggungjawab itu.

“Pemilihannya juga dipersetujui pemain dan pengurusan. Beliau juga telah menggalas tanggungjawab tersebut sebelum ini,” katanya dalam sidang akhbar di Hotel Thistle, di sini sebentar tadi.- UTUSAN ONLINE

sumberArtikel Penuh: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/safiq-dipilih-kapten-skuad-kebangsaan-1.492428#ixzz4jnFGBEII
© Utusan Melayu (M) Bhd

Safiq kapten Harimau Malaya hadapi Lebanon

 SAFIQ RAHIM (tengah) bersama Nelo Vingada (kiri) dan penolong
SAFIQ RAHIM (tengah) bersama Nelo Vingada (kiri) dan penolong jurulatih, Tan Cheng Ho dalam sidang akhbar menjelang perlawanan Malaysia-Lebanon di Johor Bahru, hari ini. - BERNAMA

12 Jun 2017 5:07 PM
AddThis Sharing Buttons
Share to FacebookShare to TwitterShare to WhatsAppShare to TelegramShare to EmailShare to More

JOHOR BAHRU 12 - Kapten Johor Darul Ta’zim (JDT) Safiq Rahim kembali diberi tugas memimpin skuad kebangsaan dalam aksi Kelayakan Piala Asia 2019 menentang Lebanon di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, malam esok.

Ketua jurulatih Harimau Malaya, Nelo Vingada berkata, pemilihan pemain berusia 30 tahun itu adalah sesuai kerana Safiq merupakan wakil terbaik sebagai penghubung antara beliau dan pemain lain dalam merencanakan strategi pada perlawanan esok.

“Sebelum ini dia pernah menjadi kapten dan ini bukan kali pertama... bagi saya dia boleh bermain dengan baik dan mempunyai banyak pengalaman untuk menggalas tanggungjawab itu,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sementara itu, pemain tengah JDT itu tekad akan menampilkan prestasi terbaik pada aksi pertamanya bersama skuad Harimau Malaya, sejak pengumumannya untuk bersara daripada skuad berkenaan pada Julai tahun lepas.

Sambil menyifatkan tanggungjawab tersebut bukan sesuatu yang mudah, Safiq berkata beliau dan rakan sepasukan akan berusaha mempamerkan aksi terbaik bagi memperoleh keputusan yang diingini.

“Perlawanan itu sudah semestinya sukar. Kita mungkin berwajah baharu dan berdepan cabaran baharu, tetapi sasaran kami adalah untuk melakukan yang terbaik. “Setiap perlawanan ada tekanan. Saya dan rakan-rakan pernah berdepan situasi begitu...tapi kita ambil yang positif sahaja...kita bermain di tempat sendiri yang beri kita lebih motivasi,” katanya.

Sementara itu, jurulatih Lebanon, Miodrag Radulovic berkata, ketiadaan pemain tengah, Mohammed Ghaddar tidak menjejaskan rentak permainan pasukannya.

“Itu keputusan Ghaddar sendiri untuk tidak mahu beraksi...namun saya tidak berapa kisah. Kami mempunyai beberapa pemain lain yang boleh menggantikannya,” kata Miodrag sambil berharap anak buahnya dapat mengekalkan momentum selepas menewaskan Hong Kong 2-0 pada 28 Mac lepas untuk mendahului Kumpulan B.

Beliau mengakui, menentang Malaysia yang beraksi di gelanggang sendiri, bukan sesuatu yang mudah, namun anak buahnya sudah bersedia berdepan cabaran tersebut. - BERNAMA

sumberArtikel Penuh: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/safiq-kapten-harimau-malaya-hadapi-lebanon-1.492475#ixzz4jnC7BDgD
© Utusan Melayu (M) Bhd

Jumaat, 9 Jun 2017

Pemain b-20 bebas wakili negeri



ARKIB : 27/12/2005
 
JURULATIH skuad bawah 20 kebangsaan, K. Rajagopal bersama tiga daripada pemain yang berjaya membawa pasukan itu ke pusingan akhir kejohanan bola sepak bawah 20 Asia di India. Para pemain pasukan itu bebas untuk menyertai pasukan kelab atau negeri dalam kempen Liga Malaysia.

PETALING JAYA - Tiada sekatan akan dikenakan ke atas pemain-pemain skuad Bawah 20 negara daripada mewakili pasukan masing-masing dalam kempen Liga Super atau Liga Perdana.

Pengurus pasukan Datuk Redzuan Sheikh Ahmad berkata, walaupun pasukan itu telah layak ke Kejohanan Bawah 20 AFC tahun depan pemain-pemain tetap memerlukan semua pengalaman yang dapat mereka peroleh.

Katanya, sementara menanti Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menyiapkan rangka program persediaan pasukan itu sebelum bermulanya kejohanan itu, yang akan berlangsung di India pada Oktober depan, FAM tiada akan menghalang pemain-pemain daripada beraksi dengan pasukan masing-masing.

``Kami akan memanggil program persediaan itu sebagai `Menuju India' di mana kami akan memastikan bahawa selain kem latihan biasa yang diadakan, pemain-pemain akan juga didedahkan kepada perlawanan-perlawanan berkualiti tinggi,'' kata Redzuan, yang juga merupakan timbalan presiden FAM.

``Tidak disangsikan lagi bahawa kita mempunyai sekumpulan pemain yang boleh dibanggakan oleh Malaysia pada masa depan, tetapi apa yang mereka perlukan ialah bermain dengan pasukan-pasukan lebih baik seperti Korea Selatan, Jepun serta dari Timur Tengah seperti Iran dan Arab Saudi.

``Jika anda bercakap tentang memastikan wang dibelanjakan dengan berhemah maka tiada tempat lebih tepat lagi di mana kami perlu memberikan pemain-pemain ini peluang untuk menjadi lebih matang walaupun ia bermakna kami perlu membelanjakan banyak wang ke atas mereka.''

Pasukan negara mara ke India selepas mengalahkan Myanmar dengan agregat 4-3 di peringkat kumpulan pada pertengahan bulan lepas. Satu lagi pasukan dalam kumpulan itu, Brunei menarik diri lebih awal.

Pemain-pemain dalam pasukan yang dibimbing oleh K. Rajagopal itu kini kembali ke pasukan masing-masing di mana kebanyakannya adalah pemain pasukan Liga Perdana Kedah termasuk Khyril Muhymeen Zamri manakala adik beradik Mohd. Zaquan Adha dan Mohd. Aidil Zafuan Abdul Razak pulang ke pasukan Liga Super Negeri Sembilan.

Redzuan bagaimanapun mengingatkan pasukan-pasukan negeri dan kelab walaupun mereka diberi kebebasan untuk menggunakan pemain-pemain itu apabila tiada tugasan antarabangsa, diharapkan mereka digunakan secara berhati-hati.

``Kecederaan sentiasa merisaukan kami dan walaupun kami tidak mengenakan sebarang sekatan, kami harap pasukan-pasukan mereka akan menjaga pemain-pemain ini dengan baik,'' tambah Redzuan.

``Kami akan berkumpul pada awal Januari di mana kami akan berbincang dengan Rajagobal mengenai medan terbaik untuk memberikan pemain-pemain ini pendedahan yang betul.''

SUMBER-Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2005&dt=1227&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz4jWngEuuq
© Utusan Melayu (M) Bhd