ARKIB : 01/01/2010
Oleh SAYED HESHAM IDRIS
hesham.idris@utusan.com.my
permain Malaysia, Ahmad Fakri
(kiri) cuba dihalang oleh pemain Syria di perlawanan persahabatan bola sepak
Malaysia dengan Syria di Stadium Bukit Jalil, semalam.
KUALA LUMPUR Kemenangan besar
4-1 skuad bola sepak negara ke atas Syria, yang menduduki ranking jauh lebih
baik berbanding Malaysia, adalah satu yang bukan mustahil.
Ketua jurulatih kebangsaan, K.
Rajagobal berkata, walaupun pada awalnya beliau sendiri agak terkejut dengan
jumlah jaringan yang mampu dihasilkan pada perlawanan persahabatan kelmarin,
namun itulah hakikat dalam dunia bola sepak.
Inilah bola sepak. Kadang kala
keputusan seperti ini memang boleh berlaku. Memang kita tidak menjangka mampu
menang besar, tetapi inilah hakikatnya, katanya.
Berdasarkan ranking Persekutuan
Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Syria berada pada kedudukan ke-91 dunia dan
ke-12 di Asia.
Ia jauh lebih baik berbanding
skuad bola sepak Malaysia yang menduduki ranking ke-160 dunia dan ke-33 di
peringkat Asia.
Namun, di atas padang lain pula
yang berlaku apabila skuad Rajagobal mendominasi perlawanan persahabatan di
Stadium Nasional Bukit Jalil, kelmarin.
Tanpa diduga, skuad emas Sukan
SEA XXV Laos ternyata bukan tandingan Syria apabila menang menerusi dua penalti
oleh Shafiq Rahim di kedua-dua babak ditambah jaringan Zaquan Adha Abdul Razak
pada minit ke-77 dan K. Gurusamy pada minit ke-90.
Pasukan lawan memperoleh jaringan
sagu hati juga menerusi sepakan penalti pada minit ke-63.
Walaupun apa pun penilaian
peminat terhadap kekuatan sebenar lawan Malaysia kelmarin, Rajagobal tetap
menganggap ia kemenangan yang diperlukan menjelang perlawanan kelayakan Piala
Asia 2011 menentang Emiriyah Arab Bersatu (UAE) di Dubai pada 6 Januari ini.
Kemenangan ini memberikan
pemain keyakinan kepada pemain untuk berdepan UAE pada perlawanan Piala Asia
nanti.
Saya memang mengharapkan
prestasi skuad ini konsisten.
Kita menang ke atas Syria
kerana berjaya menghasilkan gerakan-gerakan yang bagus.
Saya bangga kerana para pemain
meneruskan persembahan menyakinkan setelah berjaya membawa pulang pingat emas
Sukan SEA XXV.
Namun, dalam masa yang sama harap
para peminat bersabar kerana perjuangan kita masih jauh.
Ada masa kita menang, jadi
apabila kalah, para peminat kenalah terima bahawa ia adalah adat perlawanan,
katanya.
Peluang Malaysia untuk layak ke
pusingan akhir Piala Asia 2011 sukar apabila gagal mengutip sebarang mata dalam
Kumpulan C yang dihuni oleh Uzbekistan dan UAE.
Satu-satunya peluang untuk layak
ke pusingan akhir ialah dengan menang besar ke atas UAE.
Selepas itu, Malaysia terpaksa
mengharapkan UAE pula kalah besar apabila berdepan Uzbekistan.
SUMBERArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0101&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz5YidpgIOS
© Utusan Melayu (M) Bhd