Sabtu, 13 Februari 2021

Zainal Abidin kekal, Safiq Rahim gugur

| | 04 Disember 2020




Safiq Rahim
MELAKA United FC (MUFC) mengekalkan Zainal Abidin Hassan sebagai pengendali pasukan itu bagi mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim 2021.
Namun, nasib berbeza menimpa pemain tengah dan juga bekas pemain kebangsaan, Safiq Rahim apabila digugurkan daripada kelab berkenaan berikutan keputusan Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA) untuk mengekalkan hanya 40 peratus pemain daripada musim 2020 untuk beraksi musim depan.
Perkara itu diumumkan Timbalan Presiden MUSA, Datuk Mohd Yusoff Mahadi pada sidang media di Stadium Hang Jebat, di sini, hari ini.
Mohd Yusoff berkata, khidmat Zainal Abidin masih diperlukan untuk membawa pasukan Melaka United yang akan dikenali sebagai Kelab Bola Sepak Melaka United (MUFC) musim depan untuk berada di landasan lebih baik.
Beliau, bagaimanapun. berkata pihak pengurusan turut memberi cabaran kepada pengendali berusia 59 tahun itu untuk meletakkan MUFC dalam kelompok pasukan teratas, sekali gus memperbaiki kedudukan musim ini.
Melaka United menamatkan saingan Liga Super 2020 pada kedudukan kesembilan selepas mengumpul 11 mata hasil daripada empat kemenangan, dua kali seri dan lima kekalahan.
“Beliau (Zainal Abidin) bersetuju meneruskan tugas di Melaka dengan sasaran yang diletakkan pihak pengurusan,” katanya.
Sementara itu, Mohd Yusoff turut mengumumkan pelantikan Datuk Mohd Saiful Mat Safri sebagai Ketua Pegawai Eksekutif MUFC Sdn Bhd manakala Akram Abdullah selaku pengurus pasukan seperti yang dipersetujui dalam mesyuarat bersama Presiden MUSA Datuk Seri Sulaiman Md Ali dan ahli lembaga pengarah, baru-baru ini.
Menurut Mohd Yusoff, MUSA kekal selaku pemilik kelab berkenaan dengan Syarikat Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd kekal selau penaja rasmi jersi pasukan.
Sementara itu, Zainal Abidin bertekad membalas kepercayaan yang diberikan oleh MUSA kepada beliau untuk terus membimbing pasukan itu. - Bernama
SUMBER-Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/113347/BERITA/Sukan/Zainal-Abidin-kekal-Safiq-Rahim-gugur© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Safiq kembali sertai JDT

WARTAWAN SINAR HARIAN | | 10 Februari 2021




Safiq Rahim
TEKA-teki mengenai destinasi pemain tengah berpengalaman, Safiq Rahim akhirnya terjawab apabila beliau kembali bersama Johor Darul Ta'zim untuk saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim 2021.
Perkara itu disahkan menerusi satu video pendek yang dimuat naik laman facebook rasmi JDT iaitu Johor Southern Tigers (JST) pada Rabu.
Pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim turut memuat naik komen ringkas di laman Instagram JST mengalu-alukan kepulangan semula Safiq.
"Welcome Home SR8. 8 for mission 8," tulis Tunku Ismail.
Karier Safiq bersama Harimau Selatan cukup gah apabila membantu pasukan itu menjulang Piala AFC 2015, Liga Super 2014, 2015, 2016, 2017 dan 2018, Piala FA 2016 serta Piala Malaysia 2017.
Selepas meninggalkan JDT pada penghujung musim 2018, bekas pemain kebangsaan itu menyertai Melaka United selama dua musim.
SUMBER-Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/123221/BERITA/Sukan/Safiq-kembali-sertai-JDT© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Jumaat, 12 Februari 2021

Ada peluang Safiq kembali

SHAHRIZAL AHMAD ZAINI | | 12 Februari 2021




Safiq tidak bersama skuad Harimau Malaya hampir tiga tahun.
BUKAN sesuatu yang mustahil sekiranya bekas kapten Harimau Malaya, Safiq Rahim kembali menyarung jersi skuad kebangsaan suatu hari nanti.
Malah, pengendali Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe juga tidak menolak kemungkinan memanggil semula Safiq atau mana-ama pemain jika mereka berada dalam prestasi terbaik.
Menurut Cheng Hoe, beliau akan tetap memantau perkembangan prestasi Safiq yang hampir tiga tahun tidak beraksi di pentas antarabangsa.
“Bagi saya, tak kira pemain itu datang dari mana atau bermain dengan kelab mana, yang penting dia perform, maka dia layak untuk dipanggil menyertai pasukan kebangsaan.“Mengenai Safiq, sudah tentu kami akan menilainya dan jika prestasinya baik, sudah tentu dia akan dipanggil semula. Semua itu bergantung kepada prestasinya di tengah padang.“Sebenarnya bukan Safiq saja, tak kira pemain mana sekalipun... jika mereka menyerlah dalam saingan liga nanti dan berada pada prestasi terbaik, kami akan panggil.
“Jadi saya juga berharap jurulatih dan pihak pengurusan kelab masing-masing akan dapat mempertimbangkan perkara itu jika ada pemain mereka dipanggil nanti,” katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.
Safiq menjadi antara watak penting kejayaan Malaysia menjuarai Piala AFF Suzuki 2010 selain membantu skuad Bawah 23 tahun (B-23) negara meraih pingat emas Sukan SEA 2011.
Di peringkat domestik, pemain tengah berusia 33 tahun itu sudah mengecapi pelbagai kejayaan bersama Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Selangor.
Semua trofi kejuaraan utama domestik - Liga Super, Piala Malaysia, Piala FA sudah berada dalam genggaman Safiq termasuk kejuaraan Piala AFC yang dimenanginya bersama JDT pada 2015.
Dalam pada itu, Cheng Hoe berharap Liga Malaysia (Liga-M) yang dijadual bermula 5 Mac ini menjadi platform terbaik untuk memanggil barisan pemain menjalani kem latihan pusat bagi menghadapi kempen Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.
“Jika tiada sebarang masalah, kem latihan pusat akan diadakan bulan depan selepas lebih setahun kami tidak berlatih bersama. Saya harap pemain yang dipanggil nanti berada pada tahap terbaik.
“Sebab itu pentingnya liga itu bermula dahulu. Kami mahu memberikan peluang kepada pemain mendapat rentak mereka sebelum kami membuat keputusan untuk memanggil mereka,” ujarnya.
SUMBERArtikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/123551/BERITA/Sukan/Ada-peluang-Safiq-kembali© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Rabu, 10 Februari 2021

Safiq kembali ke pangkuan JDT



SAFIQ RAHIM

Oleh KHAIRUL MOHD ALI

10 Februari 2021, 2:22 pm

JOHOR BAHRU: Bekas kapten pasukan bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) Safiq Rahim akan kembali menyarung jersi pasukan itu bagi saingan Liga Malaysia musim baharu yang dijangka bermula tidak lama lagi.

Perkara itu diumumkan melalui satu video ringkas berdurasi 28 saat yang dimuat naik dalam laman Facebook rasmi kelab itu, hari ini.

Dalam video berkenaan, ketibaan pemain tengah itu disambut oleh Matthew Davies dan Aidil Zafuan Abdul Radzak.

Pemain berusia 34 tahun ini sebelum ini pernah menyarung jersi skuad Harimau Selatan bermula tahun 2013 hingga 2018, sebelum berpindah ke Melaka United.

Sementara itu, dalam laman Instagram JDT, pemilik kelab, Tunku Ismail Sultan Ibrahim membuat komen ringkas sekaligus mengesahkan kepulangan pemain berkenaan.

Welcome Home SR8. 8 for mission 8,” tulisnya ringkas di ruangan komen.

Sepanjang kariernya bersama JDT, Safiq membantu pasukan itu menjuarai beberapa piala termasuklah Piala Malaysia, Piala FA, Piala Sumbangsih, kejuaraan Liga Super dan Piala AFC.

Pemain yang turut dinobatkan sebagai pemain terbaik Piala AFC 2015 itu dijangka kembali menyarung jersi No. 8.SUMBER SUKAN UM

Safiq kembali ke pangkuan JDT

MyMetroArena



Firdaus Hashim

firdaushashim@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Bekas kapten Johor Darul Ta'zim (JDT), Safiq Rahim kembali menyertai pasukan Selatan tanah air itu.

Safiq yang meninggalkan JDT dengan deretan kejuaraan termasuk menjulang trofi Liga Super sebanyak lima kali berturut-turut dari 2014-2018 dan Piala AFC pada 2015 bakal kembali dengan misi baru iaitu misi kelapan.

Menerusi komen ringkas pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim di laman Instagram Johor Southern Tigers (JST), mengakui kehadiran pemain tengah yang sinonim dengan jersi nombor 8 itu adalah kerana misi kelapan JDT iaitu mempertahankan trofi Liga Super buat musim kelapan berturut-turut.

"Selamat pulang SR8 (Safiq Rahim 8). 8 untuk misi ke-8" tulisnya kepada bekas tonggak utama skuad kebangsaan itu yang cukup berpengaruh dalam pasukan.

Minggu lalu, Arena Metro mendedahkan kemungkinan Safiq kembali menyarung jersi JDT selepas permohonan perpindahan menggunakan sistem MyPas Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) tersebar di laman sosial.

Perkembangan terbaharu itu menyaksikan spekulasi penghijrahan Safiq dari Melaka United ke JDT akhirnya menjadi kenyataan sekali gus menjawab persoalan dikalangan peminat.

Pengalaman luas dimiliki pemain berusia 34 tahun itu pastinya ditagih oleh pengendali pasukan, Benjamin Mora dalam menggerakkan jentera tengah pasukan selain memberi peluang buat Safiq muncul di pentas tertinggi saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) musim ini.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 10 Februari 2021 @ 2:32 PM

Khamis, 4 Februari 2021

Safiq kembali ke JDT?

MyMetroTopic



Firdaus Hashim

firdaushashim@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Adakah benar Safiq Rahim bakal kembali ke Johor Darul Ta'zim (JDT)?

Itu persoalan yang timbul dalam kalangan peminat bola sepak tanah air apabila bekas ketua pasukan JDT dan Harimau Malaya, Safiq Rahim dikaitkan ke pangkuan pasukan lamanya itu.

Ia susulan tersebarnya gambar mengenai permohonan JDT untuk mendapatkan Safiq daripada Melaka United.

Menerusi permohonan MyPas, maklumat berkenaan bocor di laman sosial dengan status permohonan masih di dalam proses.

Untuk rekod, pemain tengah kelahiran Kuala Selangor itu mula menyertai skuad Harimau Selatan pada 2013 selepas berhijrah dari Selangor.

Sepanjang enam musim bersama JDT hingga 2018, Safiq berjaya meraih pelbagai kejuaraan termasuk memenangi Piala AFC pada 2015.

Selain hebat bersama JDT, dia juga berjaya membantu skuad Harimau Malaya menjulang Piala AFF pada 2010 buat pertama kalinya dalam sejarah kejohanan serantau itu.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 3 Februari 2021 @ 8:31 PM