Jumaat, 20 Oktober 2017 |
6:46pm
SAFIQ Rahim yakin kemenangan
akan berpihak kepada JDT apabila turun berdepan Perak, esok.
'Kali ini peluang terbaik JDT'
Oleh Mohamad Zulfaizan Mansor
dan Rizar Mohd Noor
sukanteam@nstp.com.my
JOHOR BAHRU: Kapten Johor Darul
Ta'zim (JDT), Safiq Rahim menuntut rakan sepasukannya untuk memastikan aksi 90
minit separuh akhir kedua berdepan Perak di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, malam
esok, menjadi milik mereka.
Safiq yang menjadi nadi utama
skuad Harimau Selatan sejak 2013 menyifatkan kali ini adalah peluang terbaik
untuk pasukannya mara ke final selepas 2014.
Namun, perancang tengah itu
tetap enggan terlalu selesa kerana sedar Perak pasti akan bermain
bermati-matian untuk mengatasi kelebihan satu gol tempat lawan yang dimiliki
JDT.
"Syukur kerana kami
berjaya mendapat bekalan gol tempat lawan pada aksi pertama dan ia pasti satu
kelebihan bagi kami. Namun kami perlu mengelak daripada terlalu selesa.
"Kami masih mempunyai 90
minit lagi baki perlawanan di Larkin dan sudah pasti kami mahukan keputusan
positif sekali gus mara ke final.
"Kami sebagai pemain perlu
sentiasa bersedia dan saya percaya jurulatih sudah mempunyai strategi terbaik
untuk berdepan Perak esok," katanya yang mengidam menjulang kejuaraan
Piala Malaysia bersama JDT.
Berdasarkan kelebihan gol
tempat lawan selepas seri 1-1 di Ipoh Ahad lalu, JDT hanya perlu memastikan
gawang mereka tidak dibolosi The Bos Gaurus untuk melayakkan diri ke final.
Selepas gagal merangkul Piala
Malaysia 2014 apabila tewas 3-5 kepada Pahang menerusi penentuan penalti, musim
ini menjadi peluang terbaik JDT untuk menebus kekecewaan itu sekali gus
melengkapkan jumlah trofi saingan bola sepak tempatan yang dimenangi mereka.
SUMBER-BERITA HARIAN ONLINE Jumaat,
20 Oktober 2017 | 6:46pm
Tiada ulasan:
Catat Ulasan