Isnin, 26 April 2021

Safiq kembali ke pangkuan JDT

Firdaus Hashim

firdaushashim@hmetro.com.my



Safiq Rahim. FOTO File NSTP

Kuala Lumpur: Bekas kapten Johor Darul Ta'zim (JDT), Safiq Rahim kembali menyertai pasukan Selatan tanah air itu.

Safiq yang meninggalkan JDT dengan deretan kejuaraan termasuk menjulang trofi Liga Super sebanyak lima kali berturut-turut dari 2014-2018 dan Piala AFC pada 2015 bakal kembali dengan misi baru iaitu misi kelapan.

Menerusi komen ringkas pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim di laman Instagram Johor Southern Tigers (JST), mengakui kehadiran pemain tengah yang sinonim dengan jersi nombor 8 itu adalah kerana misi kelapan JDT iaitu mempertahankan trofi Liga Super buat musim kelapan berturut-turut.

"Selamat pulang SR8 (Safiq Rahim 8). 8 untuk misi ke-8" tulisnya kepada bekas tonggak utama skuad kebangsaan itu yang cukup berpengaruh dalam pasukan.

Minggu lalu, Arena Metro mendedahkan kemungkinan Safiq kembali menyarung jersi JDT selepas permohonan perpindahan menggunakan sistem MyPas Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) tersebar di laman sosial.

Perkembangan terbaharu itu menyaksikan spekulasi penghijrahan Safiq dari Melaka United ke JDT akhirnya menjadi kenyataan sekali gus menjawab persoalan dikalangan peminat.

Pengalaman luas dimiliki pemain berusia 34 tahun itu pastinya ditagih oleh pengendali pasukan, Benjamin Mora dalam menggerakkan jentera tengah pasukan selain memberi peluang buat Safiq muncul di pentas tertinggi saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) musim ini.Disiarkan pada: Februari 10, 2021 @ 2:32pm.1

_____________________________________________________

Kata-kata semangat Safiq buat Melaka

Nazri Abu Bakar

sukanteam@nstp.com.my



Safiq (kiri) mahu Melaka cemerlang pada baki empat perlawanan terakhir musim ini. FOTO NSTP

KEKALAHAN 1-2 Melaka kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) bukan penamat perjuangan skuad terbabit meraih empat terbaik malah mampu mengintai tempat ketiga mahupun di tangga kedua liga, kata Safiq Rahim.

Pemain tengah Melaka bekas bintang kebangsaan, JDT dan Selangor itu berkata, kekalahan kepada lawan di Stadium Hang Jebat, kelmarin sememangnya mengecewakan.

Kekalahan itu meletakkan Melaka di tangga keenam liga selepas berada pada kedudukan empat teratas sebelum ini.

Namun baginya, perjuangan belum terhenti ketika saingan berbaki empat perlawanan untuk diharungi musim ini."Kami mensasarkan kemenangan pada kesemua empat aksi berkenaan,” katanya.

Baginya, misi Melaka untuk berada dalam kedudukan empat teratas masih terbuka.

Safiq memiliki rekod cemerlang menjulang semua trofi termasuk Liga Super, Piala Malaysia dan Piala FA bangga dengan kejayaan JDT merangkul liga Super enam musim berturut-turut.

Dia pernah mengecap status kejuaraan lima musim bersama JDT sebelum berhijrah ke Melaka musim ini, menganggap Harimau Selatan berada dalam kelas tersendiri.

Beliau mengucapkan tahniah kepada JDT, rakyat Johor dan Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.Disiarkan pada: Jun 28, 2019 @ 2:46pm.1

-------------------------------------------------------------------