Jumaat, 3 November 2017

Moral JDT di tahap tertinggi - Safiq



 SAFIQ RAHIM percaya persediaan JDT berada di tahap terbaik bagi
SAFIQ RAHIM percaya persediaan JDT berada di tahap terbaik bagi menghadapi final Piala Malaysia, Sabtu ini.

02 November 2017 5:59 PM
AddThis Sharing Buttons
Share to FacebookShare to TwitterShare to WhatsAppShare to TelegramShare to EmailShare to More

KUALA LUMPUR 2 Nov. - Kapten Johor Darul Ta’zim (JDT), Safiq Rahim berkata, moral skuad Harimau Selatan kini berada di tahap tertinggi untuk menghadapi Kedah dalam final Piala Malaysia, Sabtu ini.

Perancang utama skuad kebangsaan itu percaya, keputusan baik mampu diperoleh jika pemain memberikan 100 peratus dalam persiapan menghadapi aksi di Stadium Shah Alam itu.

“Saya percaya sekiranya kami memberikan seratus peratus dalam persiapan ini, Insya-Allah kami berjaya memperoleh keputusan terbaik.

“Bagi saya, semua pemain pastinya mahukan kemenangan serta mahukan Piala Malaysia tahun ini berada di Johor, begitu juga saya. Apa yang penting, saya mahukan kemenangan untuk final kali ini,” kata Safiq yang dipetik dalam Facebook rasmi JDT, JOHOR Southern Tigers hari ini.

Bagaimanapun Safiq, 30, yang membantu JDT muncul naib juara Piala Malaysia 2014 mengingatkan rakan-rakan sepasukan agar tidak memandang rendah kemampuan Lang Merah, yang turun selaku juara bertahan serta juara Piala FA musim ini.

“Apa yang penting adalah taktikal, cara dan persembahan kami dalam perlawanan itu. Jika kami bermain mengikut apa telah dirancangkan jurulatih ketika sesi latihan, Insya-Allah kami akan dapat atasi pasukan Kedah,” katanya.

Sementara itu, bintang tengah kelahiran Sepanyol, Natxo Insa yakin JDT mampu menambah koleksi kejuaraan dengan menjulang Piala Malaysia selepas berjaya mempertahankan gelaran Liga Super buat musim keempat berturut-turut.

“Saya sedar perlawanan pastinya sengit dan peluang kedua-dua pasukan 50-50, namun kami tetap yakin dapat memenanginya. Saya bersama rakan sepasukan akan memberikan yang terbaik bagi memenangi perlawanan tersebut.

“Kami mempunyai peluang memenangi dua trofi musim ini. Kami mahu meraikan bersama dengan penyokong dan berusaha memenangi piala ini. Kita mempunyai pemain yang bagus dan jangan bimbang, kita akan memberi sepenuh fokus dalam 90 minit perlawanan dan tampilkan semangat yang tinggi,” kata Insa yang mempunyai darah kacukan Malaysia kerana neneknya adalah rakyat negara ini.

Kedah mara ke final setelah menang agregat 3-1 ke atas Felda United, manakala JDT menang agregat 4-1 ke atas Perak pada satu lagi aksi separuh akhir Piala Malaysia.

Kedua-dua pasukan pernah bertemu dua kali musim ini, menyaksikan Kedah menang 5-4 menerusi penentuan sepakan penalti setelah kedua-dua pasukan seri 1-1 pada aksi Piala Sumbangsih di Stadium Larkin, 20 Jan lepas.- UTUSAN ONLINE

SUMBER-Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/moral-jdt-di-tahap-tertinggi-safiq-1.546382#ixzz4xQ6DLBMv
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan