Rabu, 8 November 2017 | 8:36pm
PEMAIN JDT, Safiq Rahim diasak
pemain Kedah, Baddrol Bakhtiar (kanan) pada aksi final TM Piala Malaysia di
Stadium Shah Alam, kelmarin. - Foto Asyraf Hamzah
Safiq perlu minta maaf
Oleh Firdaus Hashim
firdaushashim@nstp.com.my
Kuala Lumpur: Ketua pasukan Johor
Darul Ta'zim (JDT), Safiq Rahim perlu tampil memohon maaf secara terbuka kepada
seluruh penyokong bola sepak tanah air atas tindakannya yang mengeluarkan
kata-kata kesat ketika meraikan kejayaan Piala Malaysia di Stadium Shah Alam,
Sabtu lalu.
Pengkritik bola sepak negara,
Serbegeth Singh berkata, kenyataan Safiq bukan saja melanggar etika Fairplay
atau Respect, malah ia turut mengguris perasaan kaum India kerana kata-kata kesat
yang diluahkannya itu membawa maksud 'kemaluan wanita'.
"Sebagai pemain profesional
yang popular di Malaysia dan di rantau ini, Safiq harus melakukan sesuatu untuk
menjernihkan keadaan.
"Dia tidak boleh lari atau
berdiam diri kerana kesalahannya cukup besar dan boleh membawa contoh tidak
baik kepada pemain muda.
"Saya rasa jalan terbaik
ketika ini adalah tampil memohon maaf kepada penyokong di atas kesilapannya
itu," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Dalam aksi final bertemu Kedah
itu, anak buah Ulisses Morais cemerlang menewaskan skuad Helang Merah 2-0 untuk
menjulang Piala Malaysia yang tidak pernah dimenangi sejak kelab berkenaan
ditubuhkan pada 2013.
Bagaimanapun, malam gemilang
mereka sedikit tercemar dengan tindakan biadap Safiq apabila mengeluarkan
kata-kata kesat di depan jurufoto yang sedang merakam detik manis kejayaan
mereka.
Ujarnya lagi, Persatuan Bolasepak
Malaysia (FAM) juga perlu menghukum ketua pasukan kebangsaan itu kerana ia
dibimbangi akan memberi imej dan persepsi buruk kepada organisasi berkenaan.
"FAM sendiri pun hingga
sekarang senyap. Sebelum ini pemain Pahang (Ahmad Syamim Yahya) pernah didenda
kerana menunjukkan isyarat lucah kepada rakan sepasukannya sendiri.
"Jadi Safiq juga harus
didenda, kalau tidak orang akan terus membenci FAM seperti mana isu mengenai
pengadil yang dikatakan terlalu berat sebelah kepada JDT," katanya.
Berdasarkan insiden sama yang
pernah berlaku sebelum ini, Syamim didenda RM500 dan gantung satu perlawanan
kerana melanggar Artikel 59 Kod Tatatertib FAM 2015 atas kelakuan yang
menyinggung dan 'Fair play
SUMBER-BERITA HARIAN ONLINE Rabu,
8 November 2017 | 8:36pm
Tiada ulasan:
Catat Ulasan