Sabtu, 4 November 2017

Resepsi Safiq Rahim, isteri meriah



Resepsi Safiq Rahim, isteri meriah
ARZIANA MOHMAD AZAMAN
10 Februari 2014
Safiq Rahim
  Safiq Rahim
Rahim (kiri) bergambar kenangan bersama anak sulungnya dan keluarga pada majlis resepsi di rumahnya semalam.

BESTARI JAYA - Lebih 8,000 tetamu membanjiri majlis resepsi pemain bola sepak JDT, Safiq Rahim bersama isterinya, pemain bowling kebangsaan, Zandra Aziela Ibrahim Hakimi di Taman Purnama, Kampung Rantau Panjang di sini semalam.

Kemeriahan turut dirasai dengan kehadiran pemimpin setempat iaitu Ahli Parlimen Tanjong Karang, Datuk Seri Noh Omar dan Adun Permatang, Sulaiman Abd Razak di rumah bapa Safiq, Rahim Mohd Yatim.

Menurut Rahim yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Rantau Panjang, pihaknya terharu dengan kehadiran semua termasuk pemimpin setempat yang tidak putus pada majlis resepsi yang diadakan dua hari bermula 8 Februari di rumahnya.

“Alhamdulillah anak sulung kami sudah selamat melangsungkan perkahwinan dengan cuaca yang cukup baik...memudahkan tetamu datang dan sambutan sungguh baik.
“Kita buat dua hari sebab yang datang cukup ramai..tidak mahu terlalu sesak. Mereka boleh makan dan meraikan majlis dengan keadaan selesa.

“Sudah pastinya kami menantikan cucu sulung daripada anak-anak kami dan saya mendoakan anak sulung ini akan menimang cahaya mata dengan segera,” katanya seloroh.

Sementara itu, Safiq ketika ditemui berkata, dia masih belum merancang untuk berbulan madu di dalam negara mahupun luar kerana masih sibuk dengan rutin latihan untuk liga nanti.

“Sekarang ini saya tak fikir lagi nak honeymoon sebab masa tiada..isteri pun tak kisah dan memahami keadaan saya yang sibuk dengan latihan untuk perlawanan liga tak lama lagi.

“InsyaALLAH saya harap kejayaan dan yang terbaik untuk liga kali ini dan kalau boleh, tahun ini kami mencapai target yang diidamkan.

“Itu yang paling penting sekali sebab saya memang mengharapkan semuanya sempurna buat tahun ini dan kalau boleh, pasukan JDT akan bawa balik piala nanti,” katanya.
SUMBER-SINAR HARIAN ONLINE 10 Februari 2014

Tiada ulasan:

Catat Ulasan