Rabu, 29 November 2017

Selangor akhiri kemarau

ARKIB : 02/08/2008
Selangor akhiri kemarau
SHAH ALAM - Selangor mengakhiri penantian selama 10 tahun untuk kembali bergelar juara bola sepak Piala Presiden selepas menewaskan Perak 1-0 dalam perlawanan akhir di Stadium Shah Alam, malam tadi.

Kemenangan Selangor itu sekali gus menafikan hasrat Perak untuk mempertahankan kejuaraan yang dimenangi oleh mereka ketika menewaskan Kelantan 5-4 menerusi penentuan tendangan penalti di Ipoh, tahun lalu.

Tandukan cantik Safiq Rahim pada minit ke-41 sudah cukup untuk membolehkan Selangor meraih kejuaraan ini selepas kali terakhir mereka memenanginya pada tahun 1998 yang lalu.

Beraksi dihadapan kira-kira 3,000 penonton, Selangor tampak lebih yakin mengatur serangan apa lagi dengan kelebihan beraksi di gelanggang keramat sambil mendapat sokongan padu para penyokong setia mereka yang tidak henti-henti memalu gendang tanpa menghiraukan sorakan sebahagian kecil penyokong Perak yang turut datang dari jauh untuk memberikan sokongan.

Ketangkasan penjaga gol Selangor, Mohd. Fairul Azwan Shahrullai kerap mengecewakan jentera serangan Perak, yang mengasak pada penghujung babak kedua permainan.

Namun usaha Perak, yang membenam UPB-MyTeam menerusi agregat 6-1 pada separuh akhir, untuk mencari gol penyamaan ternyata tidak berhasil sehinggalah pengadil, Anuar Che Hussin meniupkan wisel penamat menyaksikan Selangor muncul juara.

Dengan kemenangan itu, Selangor meraih hadiah wang tunai RM100,000 sementara Perak selaku naib juara, membawa pulang RM50,000. Hadiah disampaikan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, yang juga Presiden Persatuan Bolasepak Selangor (FAS).
SUMBERArtikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0802&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_04.htm#ixzz4zouWRYdA

© Utusan Melayu (M) Bhd

Sabtu, 25 November 2017

B-23 negara ketandusan ujian

ARKIB : 12/05/2008
PETALING JAYA - Dua puluh enam pasukan menganggotai Liga Super dan Liga Perdana musim ini tetapi tiada satu pun yang mampu dipelawa untuk menguji skuad bola sepak Bawah 23 Tahun Malaysia sebagai persediaan menghadapi Piala Antara Benua yang bermula Khamis ini.

Hampir kesemua terutama sekali pasukan handalan liga berehat panjang dan menjalani pemulihan menjelang Piala Malaysia, bulan depan sekali gus menyebabkan jurulatih negara, B. Sathianathan terpaksa berpuas hati dengan satu perlawanan persahabatan antarabangsa selain sesi latihan harian.

Memburukkan keadaan ialah kegagalan anak buahnya mengatasi skuad kebangsaan Maldives apabila diikat 1-1 di Stadium Petaling Jaya, kelmarin sehingga mencetuskan kebimbangan sama ada mereka mampu mengharungi skuad belia Ireland, Iraq dan Nigeria dalam Kumpulan A Piala Antara Benua.

"Banyak pasukan tempatan kini masih bercuti (selepas liga berakhir 4 Mei). Kami tidak cukup perlawanan persediaan selain tempoh persediaan ke Piala Antara Benua pun tidak sampai sembilan hari dan Maldives cuma perlawanan antarabangsa pertama kami sejak Sukan SEA Korat, lima bulan lalu.

"Saya tetap puas hati dengan keputusan seri ini kerana kami menentang sebuah pasukan senior Maldives yang telah tiga kali bermain (untuk menghadapi Piala Persekutuan Bola Sepak Asia Selatan - SAFF)," katanya selepas perlawanan yang menyaksikan jaringan Khyril Muhymeen Zambri dan Ali Ashfaq pada minit ke-29 dan 45 itu.

Menambah keperitan skuad negara kelmarin ialah layangan kad kuning kedua sekali gus pembuangan padang oleh pengadil Malaysia, Manjit Singh terhadap ketua pasukan Shukor Adan yang umpama 'hadiah pahit' buat hari jadi Sathianathan ke-50, Jumaat lalu.

Malaysia akan memulakan kempen kejohanan kali pertama anjuran bersama Octagon Asia dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ini dengan menentang Ireland, Khamis ini; Iraq (Sabtu) dan Nigeria (19 Mei) dengan kesemua perlawanan Kumpulan A di Stadium Petaling Jaya.

l SKUAD MALAYSIASyed Adney Syed Hussein, Asraruddin Putra Omar, S. Subramaniam, Safiq Rahim, Norhafiz Zamani Misbah, Nasriq Baharom, Zaquan Adha Radzak, Ashari Samsuddin, Daudsu Jamaluddin, Shukor Adan, Shahurain Abu Samah, Khyril Muhymeen Zambri.

S. Kunanlan, Chun Keng Hong, Bunyamin Umar, Farderin Kadir, Ahmad Azlan Zainal, Norshahrul Idlan Talaha, Amirulhadi Zainal, Nasril Nourdin, Sumardi Hajalan, Azi Shahril Azmi, Baddrol Bakhtiar, Zamri Chin, Farizal Marlias
SUMBER-Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0512&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_05.htm#ixzz4zRxaOxd4

© Utusan Melayu (M) Bhd

Apa nasib Safiq?

Daripada Zulfaizan Mansor di Buriram dan Thailand
zulfaizan@nstp.com.my
 
HANYA Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang boleh menentukan sama ada kapten Johor Darul Ta’zim (JDT), Safiq Rahim (gambar) akan berdepan hukuman atau sebaliknya.

Ia susulan tindakan perancang tengah JDT itu yang didakwa mencarut untuk melepaskan geram kepada pengkritiknya ketika meraikan kejayaan skuad Harimau Selatan menjulang kejuaraan sulung Piala Malaysia di Stadium Shah Alam Sabtu lalu.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin menjelaskan beliau tidak boleh mengulas lanjut mengenai perkara itu kerana ia adalah di bawah tanggungjawab Jawatankuasa Tatatertib.

“Perkara itu di bawah bidang kuasa Jawatankuasa Tatatertib dan mereka yang akan buat (keputusan). Kalau ada kes, adalah dan kalau tiada kes, tiadalah. Saya tidak boleh komen lebih lanjut,” kata Hamidin ketika ditemui di sini, malam tadi.

Safiq didakwa melakukan perkara itu menerusi satu rakaman video menunjukkan dia meluahkan perkataan lucah yang menjadi viral di media sosial selepas perlawanan akhir Piala Malaysia antara JDT dan Kedah.

Susulan daripada itu, beberapa pihak menganggap FAM perlu menghukum Safiq selain meminta kapten Harimau Malaya itu membuat permohonan maaf secara terbuka.

Bagaimanapun Hamidin tidak menganggap perkara itu akan mengganggu fokus Safiq untuk beraksi pada perlawanan kedua berdepan Korea Utara dalam kempen kelayakan Piala Asia 2019 di Stadium I-Mobile, Isnin ini.

“Saya tahu isu itu banyak dimainkan di media sosial sebelum ini. Tapi saya fikir Safiq adalah pemain berpengalaman, dia tahu bagaimana nak uruskan diri.

“Jika diturunkan pada aksi kedua berdepan Korea Utara nanti, saya yakin dia mampu kawal perasaan dan tekanan,” katanya.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 10 November 2017 @ 11:33 AM

Isnin, 13 November 2017

Safiq dahulu bukanlah yang sekarang


Firdaus Hashim
firdaushashim@nstp.com.my
 
“DIA sekarang macam ‘Superstar’. Bagi sajalah apa dia nak cakap, biarkan saja,” kata legenda bola sepak negara, Datuk Santokh Singh mengenai perubahan sikap bekas pemain produk akademi bola sepak Selangor, Safiq Rahim yang dikenalinya seorang pemain yang baik dan sederhana.

Namun, tindakan keterlaluan ketua pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) itu yang mencarut untuk melepaskan geram kepada pengkritiknya ketika meraikan kejayaan skuad Harimau Selatan menjulang Piala Malaysia di Stadium Shah Alam Sabtu lalu, amat mengejutkan Santokh yang tidak menyangka Safiq akan mengeluarkan kata-kata kesat itu.

“Saya nak ulas lebih pun tak boleh, itu pilihan dia. Dulu masa dia remaja, saya pernah tengok dan tahu pasal dia. Tak samalah macam dulu, sekarang lain dah ‘star’ sebab itu tak kisah nak buat apa pun,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menerusi rakaman video berdurasi satu minit yang sempat dirakam pihak media, Safiq mengeluarkan kata-kata “P..... kepada semua pengkritik, wa (saya) champion (juara) sekarang,” kata Safiq dalam rakaman itu.

Ekoran tindakannya itu, dia menerima kecaman hebat daripada penyokong bola sepak tanah air yang mahu Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan pengendali liga tempatan iaitu Perkongsian Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP) menghukumnya seperti mana yang pernah diterima bekas pemain Pahang, Ahmad Syamim Yahya.

Dalam kes Syamim, dia didenda RM500 dan gantung satu perlawanan kerana menunjuk isyarat lucah kepada rakan sepasukannya ketika aksi antara Pahang dan Melaka United dalam aksi Liga Super pada 25 Februari lalu.

Jelas Santokh, selaku pemain profesional Safiq sepatutnya mengambil semua kritikan penyokong dengan positif dan jadikan ianya sebagai suatu cabaran kepadanya.

“Saya juga pernah dihentam penyokong selepas kami kalah dalam perlawanan. Tetapi tidaklah sampai nak maki semula penyokong sebab tanpa mereka saya tidak akan ke mana-mana.

“Dalam bola sepak, kita perlukan kritikan ini dan harus terima kritikan itu. Sebenarnya kritikan itu bagus untuk bola sepak dan juga baik untuk individu.

“Bagi saya, jika ada peminat kritik saya semangat saya akan lebih kuat untuk tunjukkan sesuatu kepada mereka. Tapi pemain sekarang saya tak tahulah, bila kena kritik mereka macam tak boleh nak terima. Mungkin sebab ada orang besar kat belah dia,” katanya.

SUMBER-
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 10 November 2017 @ 9:32 PM

Safiq pilihan terbaik: Vingada



Safiq pilihan terbaik: Vingada
Daripada Zulfaizan Mansor di Buriram dan Thailand
sukanteam.com.my
 
SENTUHAN berbisa kapten Harimau Malaya, Safiq Rahim ditagih jurulatih, Nelo Vingada untuk mengharungi aksi kelayakan Piala Asia 2019 berdepan Korea Utara di Stadium I-Mobile, malam esok.

Menurut Vingada, Safiq pilihan terbaik yang beliau ada ketika ini untuk bertindak sebagai perancang utama Harimau Malaya selepas kembali daripada penggantungan kerana dilayang kad merah pada pertemuan dengan Hong Kong, bulan lalu.

Ketiadaan perancang Johor Darul Ta’zim (JDT) itu menyaksikan persembahan serba tidak menjadi dipamerkan Harimau Malaya ketika tewas 1-4 kepada Korea Utara di stadium sama, kelmarin.

“Dia (Safiq) terlepas aksi pertama (berdepan Korea Utara) kerana penggantungan, tapi dia tetap berada dalam senarai pemain ke sini (Buriram) dan berlatih bersama kami.

“Safiq pilihan terbaik yang saya ada. Jadi, saya percaya kehadirannya dapat melakukan perubahan dalam permainan pasukan ke arah yang lebih baik pada perlawanan malam esok,” kata Vingada.

Safiq yang juga bekas pemain Selangor bagaimanapun berdepan isu peribadi sejak minggu lalu apabila video dia meluahkan kata-kata kesat terhadap pengkritiknya selepas aksi final Piala Malaysia tular di media sosial.

Namun, dia perlu mengetepikan seketika masalah di luar padang bagi mengelak sebarang tekanan kerana perlawanan malam esok cukup penting dalam menentukan sama ada Harimau Malaya masih berpeluang untuk melepasi saingan kelayakan atau sebaliknya.

Malaysia wajib menang ke atas Korea Utara untuk meneruskan sisa perjuangan mereka ke pusingan akhir kejohanan tertinggi Asia itu selepas hanya mengumpul satu mata daripada empat perlawanan.

Dalam perkembangan lain, Vingada mengesahkan dua tonggak pertahanan, S Kunanlan dan Fazly Mazlan serta pemain tengah, Syamer Kutty Abba kemungkinan besar tidak dapat diturunkan kerana kecederaan.

Malah, Fazly dan Syamer dilihat tidak menyertai latihan bersama pasukan semalam dan difahamkan hanya melakukan proses pemulihan di hotel.

“Sudah pasti saya perlu melakukan beberapa perubahan kerana Fazly, Kunanlan dan Syamer mengalami kecederaan, mereka mungkin tidak sempat pulih sepenuhnya kerana tempoh perlawanan singkat,” katanya.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 12 November 2017 @ 6:32 PM

Vingada harap Safiq ubah nasib Harimau Malaya


Ahad, 12 November 2017 | 8:27pm
KETUA Jurulatih Harimau Malaya, Nelo Vingada (kiri) tagih sentuhan berbisa kapten Harimau Malaya, Safiq Rahim berdepan Korea Utara di Stadium I-Mobile, malam esok. - Foto Rasul Azli Samad
Vingada harap Safiq ubah nasib Harimau Malaya
Daripada Zulfaizan Mansor
zulfaizan@nstp.com.my
 
BURIRAM: Sentuhan berbisa kapten Harimau Malaya, Safiq Rahim ditagih jurulatih, Nelo Vingada untuk mengharungi aksi kelayakan Piala Asia 2019 berdepan Korea Utara di Stadium I-Mobile, malam esok.

Menurut Vingada, Safiq pilihan terbaik yang beliau ada ketika ini untuk bertindak sebagai perancang utama Harimau Malaya selepas kembali daripada penggantungan kerana dilayang kad merah pada pertemuan dengan Hong Kong, bulan lalu.

Ketiadaan perancang Johor Darul Ta'zim (JDT) itu menyaksikan persembahan serba tidak menjadi dipamerkan Harimau Malaya ketika tewas 1-4 kepada Korea Utara di stadium sama, kelmarin.

"Dia (Safiq) terlepas aksi pertama (berdepan Korea Utara) kerana penggantungan, tapi dia tetap berada dalam senarai pemain ke sini (Buriram) dan berlatih bersama kami.

"Safiq pilihan terbaik yang saya ada. Jadi, saya percaya kehadirannya dapat melakukan perubahan dalam permainan pasukan ke arah yang lebih baik pada perlawanan malam esok," kata Vingada.

Safiq yang juga bekas pemain Selangor bagaimanapun berdepan isu peribadi sejak minggu lalu apabila video dia meluahkan kata-kata kesat terhadap pengkritiknya selepas aksi final Piala Malaysia tular di media sosial.

Namun, dia perlu mengetepikan seketika masalah di luar padang bagi mengelak sebarang tekanan kerana perlawanan malam esok cukup penting dalam menentukan sama ada Harimau Malaya masih berpeluang untuk melepasi saingan kelayakan atau sebaliknya.

Malaysia wajib menang ke atas Korea Utara untuk meneruskan sisa perjuangan mereka ke pusingan akhir kejohanan tertinggi Asia itu selepas hanya mengumpul satu mata daripada empat perlawanan.

Dalam perkembangan lain, Vingada mengesahkan dua tonggak pertahanan, S Kunanlan dan Fazly Mazlan serta pemain tengah, Syamer Kutty Abba kemungkinan besar tidak dapat diturunkan kerana kecederaan.

Malah, Fazly dan Syamer dilihat tidak menyertai latihan bersama pasukan semalam dan difahamkan hanya melakukan proses pemulihan di hotel.

"Sudah pasti saya perlu melakukan beberapa perubahan kerana Fazly, Kunanlan dan Syamer mengalami kecederaan, mereka mungkin tidak sempat pulih sepenuhnya kerana tempoh perlawanan singkat," katanya.
SUMBER-BERITA HARIAN ONLINE Ahad, 12 November 2017 | 8:27pm

Khamis, 9 November 2017

Kapten Malaysia 
tetap milik Safiq

PEMAIN Malaysia bergambar di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam sebelum berle
PEMAIN Malaysia bergambar di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam sebelum berlepas ke Buriram, Thailand untuk menentang Korea Utara dalam aksi kelayakan Piala Asia 2019 pada 10 dan 13 November ini. BERNAMA
Rozaidi Zulkifli
08 November 2017 3:00 AM
1
KUALA LUMPUR 7 Nov. - Kedudukan Safiq Rahim sebagai kapten Harimau Malaya tidak terjejas biarpun dibayangi kontroversi kerana mengeluarkan kata-kata kesat selepas tamat final Piala Malaysia, Sabtu lalu.

Nelo Vingada
Nelo Vingada
Ketua jurulatih skuad bola sepak kebangsaan, Nelo Vingada menyifatkan tindakan pemain tengah Johor Darul Ta’zim (JDT) itu sebagai satu kesilapan yang tidak disengajakan dan mengingatkan Safiq agar tidak mengulanginya.


Pengendali kelahiran Portugal itu juga menegaskan, pemain berusia 30 tahun tersebut tetap watak penting buat Malaysia apabila menentang Korea Utara dalam dua aksi kelayakan Piala Asia 2019 di Buriram, Thailand pada 10 dan 13 November ini biarpun digantung satu perlawanan.

“Mungkin disebabkan terlalu gembira sehingga dia secara tidak sengaja mengeluarkan kata-kata sebegitu. Perbuatan itu memang salah tetapi pemain profesional lain di peringkat antarabangsa juga pernah melakukan kesilapan seperti ini.

“Jadi bagi saya...dia perlu belajar daripada kesilapan dan tidak mengulangi lagi,” ujarnya kepada pemberita.

Dalam video yang berdurasi hampir seminit itu, Safiq dilihat seperti melepaskan geram kepada pengkritik bola sepak yang dianggap membenci JDT apabila secara tiba-tiba menjerit dengan mengeluarkan kata-kata kesat: “...all the haters **!Gua champion sekarang...**. Lepas ini kau tengoklah!”.

Video berkenaan tular di laman sosial hingga mengundang kritikan daripada penyokong, malah beberapa legenda bola sepak tanah air turut menyarankan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) agar mengambil tindakan tegas terhadap bekas pemain Selangor tersebut.

JDT merangkul kejuaraan Piala Malaysia 2017 selepas menumpaskan Kedah 2-0 dalam perlawanan akhir di Stadium Shah Alam hasil jaringan Mohd. Aidil Zafuan Abdul Radzak dan Gonzalo Cabrera.

Safiq digantung satu perlawanan oleh Konfederasi Bola Sepak Malaysia (AFC) selepas menerima layangan kad merah ekoran terjahan keras yang dilakukan dalam aksi kelayakan Piala Asia 2019 menentang Hong Kong, bulan lalu menyebabkan dia tidak dapat bermain pada perlawanan pertama menentang Korea Utara.

“Saya telah berbincang dengannya dan percaya kehadirannya dalam kem skuad kebangsaan sangat penting walaupun dia hanya boleh beraksi pada perlawanan kedua. Apa yang pasti, dia masih lagi ketua pasukan dan kami mahu dia bersama dengan kami menentang Korea Utara nanti,” katanya



Sumber-Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/kapten-malaysia-8232-tetap-milik-safiq-1.548710#ixzz4xwOGhZYT

© Utusan Melayu (M) Bhd

Rabu, 8 November 2017

FAM ada kes untuk hukum Safiq

 SAFIQ RAHIM
SAFIQ RAHIM
Fadhilul Izmel Ishak
07 November 2017 6:02 PM
KUALA LUMPUR 7 Nov. - Walaupun wisel penamat sudah ditiupkan, pemain tetap tidak terlepas daripada dikenakan hukuman seandainya melakukan kesalahan dalam kawasan permainan.

Bekas Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Kamarudin Abdullah berkata, dalam kes melibatkan Safiq Rahim yang mengeluarkan kata-kata kesat di Stadium Shah Alam sejurus tamat final Piala Malaysia, Sabtu lalu, dia boleh dibicara dan FAM mempunyai kes untuk menjatuhkan hukuman.


“Perlu diingat, sebelum, semasa dan selepas perlawanan ada akta yang membolehkan FAM mengambil tindakan kepada mana-mana pemain yang melanggar peraturan sebagai contoh pemain bergaduh di bilik persalinan selepas tamat perlawanan.

“Bagi kes Safiq, kita perlu melihat di mana dan bila kejadian itu berlaku. Memang benar, perlawanan tersebut sudah tamat namun itu tidak bermakna pemain boleh bertindak sesuka hati.

“Perlawanan sudah habis namun majlis belum habis dan itu bermakna akan ada hukuman yang boleh dikenakan dan perbuatannya boleh dibicarakan,” kata Kamarudin kepada Utusan Online hari ini.

Safiq melemparkan kata-kata kesat kepada pengkritiknya sejurus tamat perlawanan akhir Piala Malaysia yang menyaksikan Johor Darul Ta’zim (JDT) mengalahkan Kedah 2-0.

Perbuatan kapten JDT dan Harimau Malaya itu berjaya dirakam sebelum menjadi tular di media sosial dan mengundang pelbagai reaksi negatif netizen.

Dalam video yang berdurasi hampir seminit itu, Safiq dilihat seperti melepaskan geram kepada pengkritik bola sepak yang dianggap membenci JDT apabila secara tiba-tiba menjerit dengan mengeluarkan kata-kata kesat:...all the haters ******!Gua champion sekarang...*****. Lepas ini kau tengok lah!”

Tambah Kamarudin, sebagai pemain bola sepak profesional perkara itu tidak sepatutnya dilakukan oleh Safiq yang juga merupakan kapten Harimau Malaya namun nasi sudah menjadi bubur.

“Safiq mungkin boleh didenda. Gantung perlawanan saya fikir mungkin tiada. Tengok kepada kesalahan, jika kata-katanya itu terlalu agresif. Tidak patut untuk dia berkata sebegitu namun mungkin tindakan spontan Safiq atau mungkin dendam yang sudah lama terbuku di hatinya. Kita tidak tahu,” katanya. - UTUSAN ONLINE
 SUMBERArtikel Penuh: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/fam-ada-kes-untuk-hukum-safiq-1.548429#ixzz4xr7wQBsP
© Utusan Melayu (M) Bhd


'Dia tak boleh lari, kena minta maaf'

 
SERBEGETH harap Safiq mohon maaf kepada penyokong bola sepak.
Firdaus Hashim
firdaushashim@nstp.com.my

KETUA pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Safiq Rahim perlu tampil memohon maaf secara terbuka kepada seluruh penyokong bola sepak tanah air atas tindakannya yang mengeluarkan kata-kata kesat ketika meraikan kejayaan Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, Sabtu lalu.

Pengkritik bola sepak negara, Serbegeth Singh berkata, kenyataan Safiq bukan saja melanggar etika Fairplay atau Respect, malah ia turut mengguris perasaan kaum India kerana kata-kata kesat yang diluahkannya itu membawa maksud ‘kemaluan wanita’.

“Sebagai pemain profesional yang popular di Malaysia dan di rantau ini, Safiq harus melakukan sesuatu untuk menjernihkan keadaan.

“Dia tidak boleh lari atau berdiam diri kerana kesalahannya cukup besar dan boleh membawa contoh tidak baik kepada pemain muda.

“Saya rasa jalan terbaik ketika ini adalah tampil memohon maaf kepada penyokong di atas kesilapannya itu,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Dalam aksi final bertemu Kedah itu, anak buah Ulisses Morais cemerlang menewaskan skuad Helang Merah 2-0 untuk menjulang Piala Malaysia yang tidak pernah dimenangi sejak kelab berkenaan ditubuhkan pada 2013.

Bagaimanapun, malam gemilang mereka sedikit tercemar dengan tindakan biadap Safiq apabila mengeluarkan kata-kata kesat di depan jurufoto yang sedang merakam detik manis kejayaan mereka.

Ujarnya lagi, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) juga perlu menghukum ketua pasukan kebangsaan itu kerana ia dibimbangi akan memberi imej dan persepsi buruk kepada organisasi berkenaan.

“FAM sendiri pun hingga sekarang senyap. Sebelum ini pemain Pahang (Ahmad Syamim Yahya) pernah didenda kerana menunjukkan isyarat lucah kepada rakan sepasukannya sendiri.

“Jadi Safiq juga harus didenda, kalau tidak orang akan terus membenci FAM seperti mana isu mengenai pengadil yang dikatakan terlalu berat sebelah kepada JDT,” katanya.

Berdasarkan insiden sama yang pernah berlaku sebelum ini, Syamim didenda RM500 dan gantung satu perlawanan kerana melanggar Artikel 59 Kod Tatatertib FAM 2015 atas kelakuan yang menyinggung dan ‘Fair play’.

SUMBERArtikel ini disiarkan pada : Rabu, 8 November 2017 @ 11:29 PM

Safiq perlu minta maaf

Rabu, 8 November 2017 | 8:36pm
PEMAIN JDT, Safiq Rahim diasak pemain Kedah, Baddrol Bakhtiar (kanan) pada aksi final TM Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, kelmarin. - Foto Asyraf Hamzah
Safiq perlu minta maaf
Oleh Firdaus Hashim
firdaushashim@nstp.com.my
 
Kuala Lumpur: Ketua pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT), Safiq Rahim perlu tampil memohon maaf secara terbuka kepada seluruh penyokong bola sepak tanah air atas tindakannya yang mengeluarkan kata-kata kesat ketika meraikan kejayaan Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, Sabtu lalu.

Pengkritik bola sepak negara, Serbegeth Singh berkata, kenyataan Safiq bukan saja melanggar etika Fairplay atau Respect, malah ia turut mengguris perasaan kaum India kerana kata-kata kesat yang diluahkannya itu membawa maksud 'kemaluan wanita'.

"Sebagai pemain profesional yang popular di Malaysia dan di rantau ini, Safiq harus melakukan sesuatu untuk menjernihkan keadaan.

"Dia tidak boleh lari atau berdiam diri kerana kesalahannya cukup besar dan boleh membawa contoh tidak baik kepada pemain muda.

"Saya rasa jalan terbaik ketika ini adalah tampil memohon maaf kepada penyokong di atas kesilapannya itu," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Dalam aksi final bertemu Kedah itu, anak buah Ulisses Morais cemerlang menewaskan skuad Helang Merah 2-0 untuk menjulang Piala Malaysia yang tidak pernah dimenangi sejak kelab berkenaan ditubuhkan pada 2013.

Bagaimanapun, malam gemilang mereka sedikit tercemar dengan tindakan biadap Safiq apabila mengeluarkan kata-kata kesat di depan jurufoto yang sedang merakam detik manis kejayaan mereka.

Ujarnya lagi, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) juga perlu menghukum ketua pasukan kebangsaan itu kerana ia dibimbangi akan memberi imej dan persepsi buruk kepada organisasi berkenaan.

"FAM sendiri pun hingga sekarang senyap. Sebelum ini pemain Pahang (Ahmad Syamim Yahya) pernah didenda kerana menunjukkan isyarat lucah kepada rakan sepasukannya sendiri.

"Jadi Safiq juga harus didenda, kalau tidak orang akan terus membenci FAM seperti mana isu mengenai pengadil yang dikatakan terlalu berat sebelah kepada JDT," katanya.

Berdasarkan insiden sama yang pernah berlaku sebelum ini, Syamim didenda RM500 dan gantung satu perlawanan kerana melanggar Artikel 59 Kod Tatatertib FAM 2015 atas kelakuan yang menyinggung dan 'Fair play
SUMBER-BERITA HARIAN ONLINE Rabu, 8 November 2017 | 8:36pm

Isnin, 6 November 2017

Safiq tak patut terlepas: Zakaria



Firdaus Hashim
firdaushashim@hmetro.com.my
 
PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Perkongsian Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP) digesa mengambil tindakan ke atas Safiq Rahim susulan mengeluarkan kata-kata kesat kepada penyokong yang jelas melanggari etika seorang pemain bola sepak profesional.

Bekas pengurus Selangor, Zakaria Rahim berkata, perbuatan kapten Johor Darul Ta’zim (JDT) itu mencarut di hadapan pihak media yang kemudiannya menjadi bahan tatapan seluruh peminat tidak sepatutnya terlepas daripada tindakan disiplin dengan FAM wajar menghukum pemain tengah berkenaan.


ZAKARIA RAHIM

Zakaria yang pernah mengendalikan beberapa kelab amatur di Manchester, England selama enam tahun menegaskan, setiap bidang kerjaya memiliki etika yang mesti dipatuhi termasuklah pemain bola sepak yang terikat dengan etika Fairplay atau Respeck.

Katanya, walaupun ketua pasukan kebangsaan itu mungkin sekadar melepaskan tekanan selepas membantu JDT menjuarai Piala Malaysia, dia ketika itu masih lagi memakai jersi kelabnya yang membawa imej Liga Malaysia dan sukan bola sepak secara amnya.

"FAM dan FMLLP tak boleh berdiam diri. Ini contoh tak baik yang jauh sekali menyimpang dengan etika Fairplay atau Respeck yang ditekankan FIFA (Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa) dan AFC (Konfederasi Bola Sepak Asia) selama ini," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Jelasnya, isu berkenaan pernah berlaku kepada bekas penyerang Manchester United, Wayne Rooney pada 2011 ketika kelabnya berdepan West Ham United di mana Rooney mengeluarkan kata-kata kesat kepada penyokong dan pengkritiknya yang sempat dirakam pihak media.

Kelakuan Rooney itu akhirnya mendapat perhatian serius Persatuan Bola Sepak Englang (FA England) yang kemudian menggantungnya dua perlawanan kerana didapati bersalah menghina penyokong.

"Kes Rooney antara contoh yang harus FAM dan FMLLP ambil kira. Dia yang kini bermain untuk Everton dihukum dan kemudiannya tampil memohon maaf atas kesilapannya serta mengakui dirinya melanggar etika pemain profesional.

"Jadi, takkan badan pentadbir bola sepak kita nak berdiam diri atau mahu memenangkan Safiq yang terang-terang dalam rakaman video mencarut dan menghina penyokong. Sebagai pemain profesional, dia kena terima hakikat bahawa kritikan adalah sebahagian daripada hidupnya.

"Tetapi dia tidak boleh bertindak balas kerana dia ada etika selain menjadi ikon kepada masyarakat dan kanak-kanak. Kalau tak tahan dicemuh, berhenti jadi pemain bola dan pergi jadi askar, mekanik atau polis," katanya.

Menerusi rakaman video berdurasi seminit yang viral ketika ini, Safiq dilihat seperti melepaskan geram kepada pengkritik yang dianggap membenci JDT apabila secara tiba-tiba menjerit dengan mengeluarkan kata-kata kesat.

Dalam aksi final Piala Malaysia di Stadium Shah Alam Sabtu lalu itu, Harimau Selatan berjaya menewaskan Kedah 2-0 menerusi tandukan Mohd Aidil Zafuan Radzak dan Gonzalo Cabrera.

Sumber-Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 6 November 2017 @ 7:47 PM


Hodak usik emosi pemain
Firdaus Hashim
firdaushashim@hmetro.com.my

KEMENANGAN bergaya anak buah Bojan Hodak apabila membenam Indonesia 4-1 pada aksi kelayakan Kejuaraan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) B-19 di Paju, Korea Selatan, hari ini sememangnya mengejutkan ramai.

Bagaimanapun, Hodak mendedahkan rahsia di sebalik kemenangan bergaya itu yang mencerahkan peluang mereka mengetuk pintu pusingan akhir Kejuaraan AFC B-19 di Indonesia, tahun depan apabila mengumpul sembilan mata maksimum selepas menewaskan Timor Leste 3-1 dan Brunei 1-0, sebelum ini.

“Saya akui sebenarnya bukan mudah menewaskan Indonesia, apatah lagi selepas lawan itu membelasah Brunie dan Timor Leste dengan kedua-duanya berakhir dengan keputusan 5-0 berbanding kami yang sekadar menang tipis saja terutamanya ke atas Brunei yang jelas menyentap semangat pemain.

“Namun, saya gunakan permainan psikologi bagi menaikkan semangat pemain. Dalam pasukan ini, kami mempunyai ramai pemain dari Pulau Pinang dan Kedah yang ketika ini keluarga mereka ditimpa masalah banjir.

“Jadi, saya ingatkan mereka mengenai kesusahan keluarga dan mangsa banjir di Pulau Pinang dan Kedah. Tak sangka pemain saya memberi tindak balas cukup baik di mana mereka beraksi demi keluarga tersayang,” kata bekas jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Kelantan itu.

Skuad negara akan melengkapkan saingan Kumpulan F dengan menentang Korea Selatan Rabu ini dan sekiranya menewaskan pasukan tuan rumah itu, mereka akan muncul juara kumpulan sekali gus layak automatik beraksi bersama 15 lagi pasukan terbaik termasuk Indonesia yang sudah layak lebih awal atas tiket selaku tuan rumah.

Bagaimanapun, sekiranya tewas atau seri, skuad negara masih berpeluang mara dengan mereka kini berada di posisi terbaik untuk muncul sebagai lima pasukan naib juara terbaik di pusingan kelayakan ini hasil pungutan mata yang tinggi.

Sekiranya anak didik Hodak layak, mereka akan mengikut jejak dua pasukan muda negara iaitu skuad B-23 dan B-16 yang turut mengesahkan kemaraan di pusingan akhir AFC tahun depan di mana pasukan kendalian Datuk Ong Kim Swee beraksi di China Januari ini, sementara skuad Lim Teong Kim menjadi tuan rumah, Ogos nanti.

Sumber-Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 6 November 2017 @ 4:20 PM