MyMetroArena
Asrol Awang
sukanteam@nstp.com.my
JURULATIH FELDA United FC, Mohd
Nidzam Jamil akan memastikan kelab itu kekal bersaing dalam Liga Super, musim
depan.
Bekas pemain kebangsaan itu
berkata, lapan mata daripada 11 perlawanan memerlukan The Fighters bekerja
keras untuk mengelak di zon penyingkiran. "Justeru, saya mahu pemain
bangkit dengan prestasi lebih padu sebaik beraksi di pusingan kedua liga.
"The Fighters perlu
berganjak untuk mengelak di zon penyingkiran untuk memastikan kami kekal di
Liga Super musim depan," katanya.
Mengulas kejayaan mengutip satu
mata selepas seri 1-1 dengan Melaka United malam tadi, Mohd Nidzam memuji
kebangkitan yang dilakukan pada babak kedua perlawanan.
Katanya, walaupun ketinggalan 0-1
menerusi jaringan Patrick Reichelt minit ke-15 namun pemain berjaya bangkit
memberi tekanan apabila Kei Ikeda menyamakan kedudukan menerusi penalti minit
ke-62.
"Motivasi pemain juga bagus
terutama pada babak kedua untuk memastikan kita tidak tewas kepada Melaka
United," katanya.
Sementara itu, pengendali Melaka
United, Zainal Abidin Hassan terkilan kerana skuadnya gagal merekodkan
kemenangan ke atas FELDA United.
"Pemain sudah berusaha untuk
menambah jaringan dan memiliki beberapa peluang tetapi kesilapan pada babak
kedua apabila tuan rumah memperoleh sepakan penalti, ia memadam misi kami untuk
mengutip tiga mata," katanya.
SUMBERArtikel ini disiarkan pada
: Sabtu, 27 April 2019 @ 2:08 PM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan