MyMetroArena
Ryan Stanley
sukanteam@nstp.com.my
JOHOR Darul Ta'zim (JDT) terpaksa
berhempas pulas sebelum menang 2-1 terhadap Sabah dalam aksi pusingan kedua
Piala FA, di Stadium Likas, di sini, malam tadi.
Pasukan JDT terlebih dulu
berpeluang mendahului menerusi cubaan Ahmad Hazwan Bakri pada minit ke-5,
namun, rembatannya di dalam kotak penalti terus ke dakapan penjaga gol Sabah,
Robson Rendy Rining.
Beraksi di hadapan lebih 21,000
penyokong, tuan rumah berjaya memperoleh gol pendahuluan pada menerusi Lee Gil
Hoon pada minit ke-24.
Gol itu berpunca hasil gerakan
satu dua antara Gil Hoon dengan Hector Omar Ramos yang kemudiannya disudahkan
dengan baik bagi menjadikan kedudukan 1-0 dan ia kekal sehingga tamat separuh
masa pertama.
Bermula babak kedua, Sabah terus
garang memburu jaringan dan hampir memperoleh jaringan pada minit ke-50 tetapi
cubaan Ramos sekadar melepasi palang gol.
JDT kemudian berjaya menyamakan
kedudukan menerusi Luciano Gabriel Figueroa pada minit ke-52 selepas
memanfaatkan sepenuhnya situasi kelam kabut di dalam kotak penalti Sabah.
Pada minit ke-58, tuan rumah
hampir mendapat gol kedua namun hantaran lintang Heo Jaenyong gagal disambar
Ramos.
JDT kemudian memiliki peluang
baik pada minit ke-83 namun cubaan pemain gantian, Muhammad Safawi Rasid dari
dalam kotak penalti tinggi melepasi palang gol untuk kedudukan kekal 1-1
sehingga tamat 90 minit perlawanan dan terpaksa dilanjutkan ke masa tambahan.
Pada minit keempat selepas
tambahan masa, Gonzalo Gabriel muncul wira pelawat apabila meletakkan JDT di
depan hasil rembatan kencangnya dari luar kotak penalti bagi menjadikan
kedudukan 2-1.
JDT kemudian memiliki beberapa
lagi peluang baik untuk menambah jaringan selepas itu namun dua cubaan pemain
mereka berjaya dihalang Rendy.
Kedudukan 2-1 itu kemudian kekal
sehingga pengadil perlawanan Mohd Zohri Tajudin meniupkan wisel penamat, sekali
gus menyaksikan JDT mara ke pusingan seterusnya.
sumberArtikel
ini disiarkan pada : Ahad, 4 Mac 2018 @ 12:17 AM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan