MyMetroArena
Nazri Abu Bakar
sukanteam@nstp.com.my
SEPAKAN penalti Safiq Rahim
seminit sebelum tamat membantu Melaka United mengikat Pahang 1-1 pada aksi Liga
Super di laman sendiri, malam ini.
Bagaimanapun, pelawat terlebih
dulu menggamamkan Stadium Hang Jebat apabila membuka jaringan seawal minit
kelima menerusi pemain Perancis, Herold Goulon yang menewaskan penjaga gol
Khairul Fahmy Che Mat.
Nasib bagaikan berubah buat tuan
rumah apabila Pahang terpaksa beraksi dengan 10 pemain pada 10 minit terakhir
apabila Nor Azam Azih dibuang padang susulan kad kuning kedua.
Kesempatan itu digunakan sebaik
mungkin pasukan kendalian Zainal Abidin Hassan untuk mengasak lawan dan
akhirnya mereka mendapat sepakan penalti pada minit ke-89.
Patrick Reichert dijatuhkan
pertahanan Tok Gajah dan Safiq, bekas pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), tenang
mengatasi Helmi Eliza Elias bagi menyamakan kedudukan sekali gus melegaskan
peminat di Paya Rumput.
Perlawanan itu menarik perhatian
ramai apabila Zainal berdepan rakan karibnya Dollah Salleh yang mengemudi
Pahang.
Keputusan itu juga membolehkan
Melaka menghuni tangga keempat di belakang pendahulu Kedah, Pahang dan JDT
dengan masing-masing mengutip tujuh mata selepas tiga perlawanan. Hanya
perbezaan gol menjarakkan kedudukan mereka.
SUMBERArtikel ini disiarkan pada :
Sabtu, 16 Februari 2019 @ 11:51 PM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan