SUKAN»Bola
Ahad, 3 Februari 2019 | 8:23pm
Pemain Melaka United, Patrick Reichelt menghalang gerakan pemain PJ City,
Mohamad Zamri Pin Ramli (kanan) pada perlawanan Liga Super di Stadium Hang
Jebat, Krubong. - NSTP/Khairunisah Lokman
Tiga mata legakan Zainal
Oleh Nazri Abu Bakar
bhsukan@bh.com.my
MELAKA: Kejayaan meraih tiga mata dengan menewaskan PJ City dalam saingan
Liga Super, semalam amat melegakan Ketua Jurulatih Melaka United (MU), Zainal
Abidin Hassan.
Walaupun sekadar menang tipis 2-1 ke atas lawan dalam aksi di Stadium Hang
Jebat, Paya Rumput, namun keputusan itu dianggap permulaan yang cukup positif
berikutan tekanan tinggi perlawanan sulung berkenaan.
"Kami bermain dengan agresif sepanjang babak pertama menerusi
penguasaan permainan sekali gus mencipta banyak peluang jaringan walaupun hanya
dua yang menepati sasaran.
"Namun rentak permainan sedikit perlahan pada babak kedua menyaksikan
pelawat pantas mengubah corak mereka sehingga berjaya merapatkan jurang dalam
tempoh berkenaan," katanya.
Zainal berkata, disebabkan satu kesilapan yang menyebabkan gawang pasukan
bocor, ia melonjakkan semangat pelawat untuk terus mengasak.
Pemain Melaka United, Liridon Krasniqi meraikan gol pertama bersama Zainal
Abidin Hassan (kanan) di Stadium Hang Jebat, Krubong. - NSTP/Khairunisah Lokman
Justeru, beliau akan terus berusaha memperbaiki kelemahan yang ada bagi
memastikan corak permainan lebih baik bakal diterjemah skuad Hijau Putih pada
aksi akan datang.
Dalam perlawanan berkenaan, MU menyenaraikan kelima-lima pemain import
iaitu Patrick Reichelt, Darco Markovic, Liridon Krasniqi, Jang Suk Won dan
Anselmo Casagrande.
Begitupun, mereka merehatkan pemain paling berpengaruh Shukor Adan di
bangku simpanan dengan lilitan kapten diberikan kepada bekas pemain Johor Darul
Ta'zim (JDT), Safiq Rahim yang dilihat berjaya menghidupkan permainan menerusi
hantaran tepat dan percubaan berbahaya.
Bagi aksi berikutnya, MU dijadualkan berdepan PKNS FC, Sabtu ini di Shah
Alam.
Sumber-BERITA HARIAN ONLINE Ahad, 3 Februari 2019 | 8:23pm
Tiada ulasan:
Catat Ulasan