Sabtu, 16 Februari 2019

Penalti Safiq selamatkan Melaka United


SUKAN»Bola
Sabtu, 16 Februari 2019 | 11:36pm
 
PEMAIN Melaka United, Wan Amirul Afiq Wan Ab Rahman (kiri) mengekang penyerang, Dickson Nwakaeme (kanan) pada saingan Liga Super 2019 di Stadium Hang Jebat, Krubong, malam tadi. - NSTP/Rasul Azli Samad
Penalti Safiq selamatkan Melaka United
Oleh Nazri Abu Bakar
sukanteam@nstp.com.my

MELAKA: Jaringan penalti Safiq Rahim membantu Melaka United mengikat Pahang 1-1 pada aksi Liga Super di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput, malam ini.

Bagaimanapun, pelawat membuka jaringan pada minit kelima menerusi Harold Goulon yang menewaskan penjaga gol, Khairul Fahmy Che Mat.

Tuan rumah turut memiliki peluang mencipta jaringan menerusi Liridon Krasniqi pada minit ke-14 dan Anselmo Casagrande tujuh minit selepas itu namun diselamatkan Mohd Helmi Eliza Alias.
 
AKSI pemain Pahang, Saddil Ramdani (kanan) cuba dihalang pemain tengah Melaka United, Safiq Rahim (kiri) pada saingan Liga Super di Stadium Hang Jebat, malam tadi. - NSTP/Rasul Azli Samad
Ketika skuad Hang Tuah giat mencari jaringan penyamaan, barisan Tok Gajah terus menguji kubu Melaka menerusi percubaan Dickson Nwakaeme pada minit ke-31 namun sedikit tersasar ke kanan gawang.

Anak buah Dollah Salleh hampir menambah jaringan pada minit  ke-37 menerusi Gaulon namun ditepis Khairul Fahmy.

Pahang yang lebih banyak menguasai permainan  terus melakukan percubaan bahaya menerusi kaptennya, Mattthew Davies namun tinggi melepasi palang gol.

Cemas dengan situasi terbabit, Melaka cuba bangkit seawal babak kedua namun percubaan Casagrande pada minit ke-48 dan Darko Markovic pada minit ke-59 gagal memecah jaringan.

Sebaliknya Azam Azih memaksa Khairul Fahmy  bekerja keras melayangkan badan menyelamatkan percubaan bahayanya pada minit ke-49 dengan dia sekali lagi bertindak garang menerusi rembatan kencang pada minit ke-65 namun sekadar menggegar palang.

Pahang kelihatan tertekan selepas Azam diperintah keluar padang pada minit ke-80 selepas mengutip kad kuning kedua.

Situasi itu memberi kesempatan buat tuan rumah menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti bekas kapten kebangsaan, Safiq seminit sebelum tamat permainan Reichelt dijatuhkan pertahanan Pahang.
SUMBER- BERITA HARIAN ONLINE          Sabtu, 16 Februari 2019 | 11:36pm

Tiada ulasan:

Catat Ulasan