Syazwan Msar
mohdsyazwan@hmetro.com.my
SHAH ALAM:
Jaringan tunggal bekas pemain Johor Darul Ta’zim Safiq Rahim memastikan Melaka
United (MU) membawa pulang tiga mata penting selepas menewaskan PKNS 1-0 dalam
saingan Liga Super di Stadium Shah Alam, sebentar tadi.
Jaringan
terbabit yang terhasil menerusi sepakan penalti selepas pemain import MU
Patrick Reichelt dijatuhkan oleh pertahanan tuan rumah Rodney Celvin Akwensivie
pada minit 22.
Babak awal
perlawanan agak ‘membosankan’ apabila kedua-dua pasukan kurang melakukan
serangan berbahaya ke kubu lawan.
Hanya tiga
serangan dilakukan skuad bimbangan Datuk K Rajagobal ke kubu lawan namun
berjaya dinafikan penjaga gol MU Khairul Fahmi Che Mat.
Manakala
pasukan kendalian Zainal Abidin Hassan pula dilihat seperti kurang menjadi
apabila banyak peluang yang terhidang disia-siakan sekali gus memberi peluang
kepada tuan rumah untuk melakukan serangan balas.
Sebaik wisel
separuh masa kedua ditiup, kedua-dua pasukan mula bermain lebih agresif dengan
masing-masing melakukan serangan ke kubu lawan.
Namun,
permainan agresif yang ditunjukkan PKNS dan MU gagal diterjemahkan menerusi gol
malah dilihat lebih banyak melakukan kekasaran hingga dua pemain terpaksa
diusung keluar untuk mendapatkan rawatan.
Skuad Hijau
Putih itu melakukan sekurang-kurangnya tiga pertukaran pemain bagi memantapkan
serangan pada separuh kedua namun hanya tiga percubaan merbahaya mampu
dihasilkan.
Manakala PKNS
pula seperti hilang arah apabila serangan yang direncanakan gagal disudahkan
dengan jaringan gol.
Keputusan
kekal hingga tamat perlawanan.
sumberArtikel
ini disiarkan pada : Sabtu, 9 Februari 2019 @ 11:34 PM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan