Sabtu, 2 Februari 2019

Safiq, Zandra raikan cinta


ZANDRA AZIELA berkongsi kegembiraan menyambut ulang tahun kelima
ZANDRA AZIELA berkongsi kegembiraan menyambut ulang tahun kelima perkahwinannya bersama Safiq Rahim dalam Instagram. IG ZANDRA AZIELA
03 Februari 2019 3:00 AM

SEMALAM Safiq Rahim mengharungi cabaran baru dalam kariernya sebagai pemain bola sepak apabila membuat penampilan sulung bersama Melaka United pada aksi pembukaan Liga Super.

Dalam kesibukan membuat persiapan menghadapi musim baharu Liga Malaysia bintang tengah itu bagaimanapun masih sempat meluangkan masa bersama isteri tercinta, Zandra Aziela Ibrahim Hakimi meraikan ulang tahun kelima perkahwinan mereka yang jatuh pada 2 Februari.


Kedua-dua bintang besar sukan negara itu berkongsi detik indah dalam media sosial, malah Zandra Aziela, yang pernah mengecapi pelbagai kejayaan, termasuk pingat emas Sukan Asia sepanjang bergelar jaguh boling menitipkan kata-kata romantis kepada suaminya.

“Selamat ulang tahun kelima perkahwinan kepada cinta hati saya. May we forever ‘spark joy’ for each other, love you always have always will,” tulisnya dalam Instagram de­ngan tanda pagar #tilljannah #aameen #syurgadaddy #loml #february2nd.

Mereka dinikahkan sendiri oleh bapa Zandra Aziela, Ibrahim Hakimi Abdul Karim pada 2 Februari 2014 di Kelab Golf Saujana Impian, Kajang.

Hasil perkahwinan itu, pasangan tersebut dikurniakan dua orang anak lelaki.

Zandra Aziela, 33, aktif dalam laman sosial dan sering berkongsi pengalaman membesarkan anak-anak, selain kisah seharian.

Safiq Rahim, 32, kapten pa­ling cemerlang dalam sejarah bola sepak tempatan kerana telah memenangi semua trofi utama - Liga Super, Piala Malaysia dan Piala FA mempunyai akaun media sosial tetapi tidak seaktif isterinya.

Bekas kapten Harimau Malaya itu membawa JDT merangkul liga Liga Super lima musim berturut-turut sebelum me­nyertai Melaka.
SUMBERArtikel Penuh: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/safiq-zandra-raikan-cinta-1.834494#ixzz5eQXI5qnY
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan