Isnin, 11 Februari 2019

Disiplin kunci kemenangan MU


Ahad, 10 Februari 2019 | 8:43pm
Pemain Melaka United Liridon Krasniqi (kanan) mengasak pemain PKNS FC, Kpah Sean Sherman (dua dari kanan) dalam perlawanan Liga Super 2019 yang berlangsun di Stadium Shah Alam. - Foto BERNAMA
Disiplin kunci kemenangan MU
Oleh Mohd Fitrie Muhamad
mfitrie@bh.com.my
KONGSI ARTIKEL
SHAH ALAM: Ketua jurulatih Melaka United (MU), Zainal Abidin Hassan menyifatkan disiplin tinggi pemainnya ketika bertahan menjadi kunci kepada kemenangan 1-0 ke atas PKNS FC di Stadium Shah Alam, malam tadi.

Paling menggembirakan pengendali itu apabila kombinasi pemain bertambah baik dan ia perlu ditingkatkan lagi bagi mengharungi musim yang panjang.

“Paling penting kita berjaya raih tiga mata di tempat lawan. Saya sudah beritahu kepada pemain supaya lebih berdisiplin ketika bertahan dan mereka mematuhinya.

“Pemain cukup berdisiplin sehingga wisel penamat dan saya dapat lihat prestasi pemain ada menunjukkan peningkatan dan berharap ia akan dapat diteruskan,” katanya ketika ditemui selepas tamat perlawanan.

Jaringan tunggal Safiq Rahim menerusi sepakan penalti pada minit ke-24 sudah memadai buat Melaka United mengekalkan rekod bersih dalam dua perlawanan awal.

Dalam masa sama, Zainal menegaskan beliau bertuah kerana dapat menggunakan khidmat gandingan Safiq dan Liridon Krasniqi di jentera pasukan.

“Keseluruhannya memang bagus. Siapa yang tidak mahu Safiq dan Liridon beraksi di tengah tetapi sebenarnya mereka boleh buat yang lagi baik daripada apa yang mereka pamerkan malam ini,” katanya.
SUMBER-BERITA HARIAN ONLINE Ahad, 10 Februari 2019 | 8:43pm

Tiada ulasan:

Catat Ulasan