Khamis, 24 Oktober 2019

Tawan ACL [METROTV]


MyMetroNode
 
Aziman Rosdi dan Firdaus Hashim & Ferzalfie Fauzi
sukan@hmetro.com.my

Kapten Johor Darul Ta’zim (Johor DT) Safiq Rahim yang kini dalam laluan untuk meniti kemasyhuran bergelar legenda bola sepak Malaysia menyasarkan untuk menawan saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) bersama kelab paling berjaya di liga tempatan itu.

Selepas berjaya memenangi hampir semua saingan liga domestik dengan terbaharu menjulang Piala FA di Stadium Shah Alam selain Piala AFC musim lalu, pemain kelahiran Kuala Selangor itu berazam membawa skuad Harimau Selatan ke saingan ACL selepas ini.


“Kejayaan menjulang Piala FA ini menambah koleksi kejuaraan saya dan saya harap kejayaan ini tidak berhenti di situ. Saya harap pasukan (Johor DT) dapat mencipta lebih banyak kejayaan pada masa akan datang.

“Walaupun pelbagai trofi dan anugerah yang saya capai, ia belum lagi memuaskan hati saya. Setiap pemain mahu mencapai tahap tertinggi.

“Sebelum bersara, saya mahu mencapai impian untuk bermain dalam Liga Juara-Juara AFC,” katanya kepada pemberita sejurus tamat aksi final yang menyaksikan anak buah Mario Gomez menang 2-1 ke atas PKNS.
SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 16 Mei 2016 @ 5:43 AM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan