Sabtu, 19 Oktober 2019

Separuh Masa: Harimau Malaya ketinggalan 7-0

MyMetroNode
 
Oleh Aziman Rosdi
sukan@hmetro.com.my
Abu Dhabi: Malaysia ketinggalan 7-0 selepas tamat separuh masa pertama perlawanan kelayakan Piala Dunia 2018 / Piala Asia 2015 menentang Emiriah Arab Bersatu (UAE) di Stadium Mohammed Bin Zayed, di sini, malam ini.

UAE membuat percubaan pertama menerusi penyerang Ahmed Khalil pada minit ke-6 tapi diselamatkan penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat.Namun, mereka akhirnya mendahului menerusi jaringan Mohamad Salem di minit ke-16.

UAE menambahkan gol menerusi penyerang Ali Mabkhout yang mengelecek Khairul Fahmi dalam kotak penalti di minit ke-21.

Dua minit kemudian, Ahmed Khalil menghukum kelalaian pertahanan negara dengan menyumbat gol ketiga dan gol keempat UAE menyusul di minit ke-25 hasil jaringan Habib Al Fardan.

Sejurus selepas itu, Dollah Salleh mengambil keputusan untuk menggantikan Khairul Fahmidengan Muhammad Zamir Selamat di minit ke-28.

Namun, gawang negara bolos lagi hasil tandukan Ahmed Khalil di minit ke-29.

Ali Mabkhout menjadikan kedudukan 6-0 pada minit ke-33.

UAE mendapat gol ketujuh pada minit ke-39 menerusi percubaan Mohamed Gharib.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 4 September 2015 @ 12:10 AM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan