MyMetroArena
ShareMohamad Zulfaizan Mansor
zulfaizan@bh.com.my
“KAMI yang terbaik!”. Itu reaksi
kapten Johor Darul Ta’zim (Johor DT), Safiq Rahim ketika ditanya apa kunci
kejayaan pasukan itu hingga berjaya menjuarai Piala Malaysia musim ini.
Kemenangan 2-0 ke atas juara
bertahan Kedah pada final di Stadium Shah Alam malam tadi menyaksikan Safiq
melengkapkan kejuaraan saingan tempatan bersama kelab selatan tanah air itu.
Malah, dia yang juga kapten skuad
kebangsaan menegaskan betapa perjuangan Johor DT masih belum berakhir dan akan
berusaha untuk mencipta lebih banyak kejayaan pada masa akan datang.
“Kami tahu kekuatan kami dan kami
hanya beraksi dengan corak permainan kami. Kami yang terbaik setakat ini, itu
yang saya rasa.
“Ini impian saya dan mungkin juga
impian semua pemain untuk mencipta satu lagi sejarah buat Johor DT. Syukur,
kami akhirnya berjaya merangkul kejuaraan Piala Malaysia.
SAFIQ (tengah) dan Jurulatih
Johor DT, Ulises Morais meraikan kemenangan bersama penyokong di Stadium Shah
Alam. FOTO/ASYRAF HAMZAH
“Memang (di peringkat) domestik
saya sudah lengkapkan semua piala, tapi saya masih dahagakan kejayaan. Saya
perlukan lagi kejayaan untuk kelab dan juga pencapaian peribadi,” katanya pada
sidang media selepas perlawanan.
Pada aksi malam tadi, jaringan
Aidil Zafuan Radzak dan Gonzalo Cabrera pada setiap babak berjaya memberi
kejuaraan sulung buat Johor DT dalam saingan Piala Malaysia, sekali gus membawa
kembali piala berprestij itu ke Johor selepas 26 tahun.
Selain itu, Safiq turut
menyifatkan kejayaan menjulang Piala Malaysia hasil usaha gigih pasukannya yang
tidak berhenti bekerja sepanjang musim ini.
“Ramai yang beranggapan negatif
terhadap pasukan kami, namun walau apa sekalipun orang kata, kami tetap bersatu
sebagai satu keluarga.
“Kami tetap bersama dalam setiap
kenangan pahit, manis, menang, seri dan juga sewaktu pasukan tewas,” katanya.
SUMBER-Artikel ini disiarkan pada
: Ahad, 5 November 2017 @ 6:21 PM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan