SABTU, 26
MAC 2016 @ 3:16 P
Oleh Nazri Abu Bakar
bhsukan@bharian.com.my
KAPTEN pasukan negara, Safiq Rahim (kiri). - Foto Owee
Ah Chun MELAKA: Perancang tengah yang juga kapten pasukan negara, Safiq Rahim
tetap positif walaupun pasukan negara tewas di tangan Arab Saudi pada aksi
terakhir Kumpulan A Pusingan Kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 di
Stadium King Abdullah Sports City, Jeddah, Arab Saudi, Jumaat lalu.
Menurutnya, kekalahan berkenaan memberi
pengalaman dan menyuntik kematangan permainan terutama berdepan lawan gah di
Asia itu. Katanya, berjaya mengekang tuan rumah serta bertindak cemerlang
dengan semangat juang tinggi jelas memberi suntikan moral buat pasukan negara
untuk berdepan Macau pada aksi persahabatan di Stadium Hang Jebat, Selasa ini.
Beliau berkata, walaupun ranking pasukan
pelawat berada di bawah Harimau Malaysia namun ia tidak harus dipandang mudah
kerana kedudukan itu tidak akan selamat jika komitmen tinggi tidak
dipersembahkan. "Ranking tidak memberi makna dalam perlawanan ini, jika
menganggap lawan bukan pencabar hebat, kerana sesebuah pasukan yang memiliki
perbezaan jauh dalam ranking juga boleh mengejutkan mana-mana lawan pada aksi
sebenar. "Malah pasukan negara hanya tewas 0-2 kepada Arab Saudi juga
tidak menggambarkan kekuatan sebenar berikutan jika diukur standard tentu
mereka boleh menang besar ke atas kita terutama jika ranking di ambil kira,"
katanya selepas sesi latihan ringan pemain negara di Bandar Hilir, sebentar
tadi.
Safiq berkata, dia dan rakan-rakan akan
beraksi dengan penuh komitmen dalam memastikan kemenangan pasukan negara pada
pertemuan terbabit. "Buat satu ketika kami perlu melupakan play-off
kelayakan Piala Asia sambil memberi fokus terhadap saingan berdepan Macau.
"Bukan melupakan terus saingan play-off dijadualkan Jun depan itu namun
kami mahu tumpuan terarah kepada satu perlawanan demi satu perlawanan terlebih
dulu," katanya. Sementara itu, penolong jurulatih negara, Hasan Sazali
berkata, dia juga berpuas hati dengan aksi berdepan Arab Saudi walaupun
menyedari lawan sebuah pasukan hebat. Katanya, keserasian permainan dapat
dilihat dalam perlawanan berkenaan sekali gus dapat menyerap taktikal yang
direncana ketua jurulatih, Datuk Ong Kim Swee.
Sumber :
http://www.bharian.com.my/node/137518
Tiada ulasan:
Catat Ulasan