Oleh Nazri Abu Bakar
sukanteam@nstp.com.my
MELAKA: Pemain tengah Melaka
United (MU), Safiq Rahim yakin pasukannya mampu mencatat kejayaan besar di Liga
Malaysia musim 2019.
Baginya, walaupun terlalu awal
untuk menjangkakan pencapaian berdasarkan tiga minggu sesi latihan dan satu
perlawanan persahabatan, namun terdapat banyak ruang buat skuad itu untuk
muncul sebaris pasukan terbaik di negara ini.
"Berdasarkan senarai pemain
termasuk kehadiran Shukor Adan, Razman Roslan, Khairul Fahmi Che Mat, Raimi Md
Noor serta pemain muda lain, sasaran meraih satu daripada piala mampu
direalisasikan.
"Apa yang penting, pemain
mampu menterjemah perancangan jurulatih menerusi corak permainan secara
berpasukan yang agresif. Kami perlu terus meningkatkan persembahan dan
persefahaman selepas aksi persahabatan menentang Selangor United masih kurang
menyerlah,"katanya.
Safiq yang turut menjaringkan gol
pertama skuad itu menerusi sepakan penalti, sekali gus membantu kemenangan 3-2
ke atas pelawat dilihat masih memiliki corak permainan menarik menerusi
hantaran tepat kepada rakan.
Malah, bekas kapten kebangsaan
itu masih antara pemain tengah terbaik di negara ini menerusi peranannya
menghidupkan jentera tengah skuad Hang Tuah walaupun dia sebelum ini pernah
mengumumkan persaraan daripada pasukan negara.
SUMBER-BERITA HARIAN ONLINE Isnin, 31
Disember 2018 | 12:58pm
Tiada ulasan:
Catat Ulasan