ARKIB : 11/12/2009
VIENTIANE - Walaupun kalah, ada
sesuatu yang boleh diambil daripada perlawanan dengan Vietnam, Ahad lalu yang
boleh dijadikan senjata untuk menundukkan Thailand, hari ini.
Tonggak tengah pasukan
kebangsaan, Shafiq Rahim berkata, keupayaan memberi tentangan terhadap kekuatan
fizikal pemain Vietnam pada perlawanan tersebut boleh digunakan apabila
berdepan Thailand yang sedikit lemah dari segi fizikal.
"Kelebihan Vietnam terletak
pada kekuatan fizikal mereka dan kita berjaya menyaingi kelebihan tersebut
ketika menentang mereka, Ahad lalu.
"Saya percaya jika para
pemain mengambil kesempatan terhadap kelemahan fizikal Thailand, kita mungkin
mampu menundukkan mereka.
"Saya juga dapati jentera
serangan pasukan Thailand pada temasya kali ini tidaklah sebegitu kuat seperti
mana skuad yang memenangi emas pada Sukan SEA 2007 di negara mereka
sendiri," katanya.
Malaysia perlu menang ke atas
Thailand jika mahu ke separuh akhir.
Skuad K. Rajagobal kini di tangga
ketiga kumpulan A dengan enam mata, satu mata di belakang Thailand dan Vietnam.
- Utusan
sumberArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1211&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_08.htm#ixzz5YgkGEtcZ
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan