Jumaat, 21 Februari 2020

Kelab penyokong yakin prestasi Melaka


MyMetroArena
 
Nazri Abu Bakar
sukanteam@nstp.com.my
KELAB penyokong bola sepak Melaka yakin skuad terbabit mampu meraih sekurang -kurangnya satu gelaran kejuaraan musim ini.

Pengerusi kelab penyokong Demi Melaka United (DMU) Mohamad Odiyas Onan berkata, ianya berdasarkan barisan pemain yang disenaraikan kali ini dilaihat antara yang terbaik berbanding musim sebelumnya.

Katanya, daripada senarai penjaga gol, pertahanan tengah dan serangan kesemuanya memiliki barisan berpengalaman dan trek rekod yang positif untuk membantu kejayaan pasukan.

Menurutnya, diatas kertas semuanya dilihat menarik gah dan mantap justeru tiada alasan untuk persembahan kurang menyakinkan.

“Malah aksi mereka sepanjang pramusim juga dilihat amat memberangsangkan termasuk mengatasi Sarawak 4-1 di Kuching.

“Dilengkapi lima import yang memenuhi kuota juga antara persediaan rapi skuad berkenaan yang turut memiliki pemain berpengalaman yang pernah memaju skuad negara termasuk Safiq Rahim, Khairul Fahmi Che Mat, Razman Roslan dan Norazlan Razali,”katanya.

Sehubungan itu, beliau amat mengharapkan taktikal terbaik akan diterapkan jurulatih Zainal Abdin Hassan bagi memenuhi sasaran terbabit.

Sementara itu, pengerusi Kelab Penyokong Melaka United (KPMU) Mohd Fairuz Mohd Sirat berkata, beliau yakin skuad berkenaan mampu menduduki sekurang-kurangnya tiga tempat teratas liga Super musim ini.

Beliau berkata, perlawanan pertama berdepan UiTM FC di Shah Alam menjadi pengukur kepada keupayaan sebenar skuad berkenaan.

Malah pada dasarnya skuad ini mampu meraih tempat sebagai pasukan elit di Liga Malaysia untuk memberi saingan kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) yang kelihatan begitu gah namun dalam masa Melaka masih mampu mengintai salah satu piala kejuaraan.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 20 Februari 2020 @ 7:31 PM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan