Oleh MUHAMMAD
DAYNE AZMIN dan ZAZALI JAMIAN
sukan@utusan.com.my
AHMAD Fakri
Saarani (kanan) berjaya memikat hati K. Rajagobal dengan aksi lincahnya ketika
membantu Malaysia membenam Hong Kong 2-0 dalam aksi persahabatan di Stadium
Shah Alam, kelmarin.
KUALA LUMPUR -
Malaysia memiliki banyak pilihan penggempur berbisa yang kini berada pada tahap
terbaik, kata jurulatih kebangsaan, K. Rajagobal selepas melihat prestasi
pasukannya ketika membenam Hong Kong 2-0 dalam aksi persahabatan, kelmarin.
Katanya, empat
penyerang, Mohd. Safee Mohd. Sali, Ahmad Fakri Saarani, Norshahrul Idlan Talaha
dan Shahrizal Mohd. Saad bermain dengan baik walaupun mereka tidak
menghadiahkan gol dalam perlawanan tersebut.
Pada
perlawanan kelmarin, Malaysia berjaya menjinakkan Hong Kong 2-0 hasil jaringan
ketua pasukan, Safiq Rahim pada minit ke-44 dan sayap kanan, Mohd. Amirulhadi
Zainal, minit ke-91.
''Mereka
bermain dengan baik selain dapat melakukan beberapa percubaan ketika perlawanan
berlangsung.
''Saya yakin
mereka mampu memperbaiki kelemahan yang ada sekiranya dapat menyertai beberapa
lagi perlawanan kompetitif seperti ini.
''Malah
semangat yang dipamerkan oleh pemain juga amat tinggi walaupun ada penyerang
kita iaitu Norshahrul masih belum sepenuhnya berada dalam kecergasan terbaik,''
kata Rajagobal.
Sementara itu,
jurulatih Hong Kong, Tsang Wai Chung turut mengakui permainan yang dipamerkan
skuad kebangsaan amat baik berbanding pasukannya.
''Pada separuh
masa pertama Malaysia membuatkan kami berada dalam tekanan sehingga sukar untuk
fokus sepenuhnya.
''Bagaimanapun
saya tetap berpuas hati dengan pemain kami terutama mereka yang bermain di
posisi pertahanan,'' jelas Wai Chung.
SUMBERArtikel
Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0211&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz5dW1R9A3E
© Utusan
Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan