ARKIB : 15/11/2010
Pengadil dari Australia, Ben
Williams tidak melayan rayuan pemain negara, Mohd. Muslim Ahmad apabila tiga
pemain Malaysia dilayangkan kad merah dalam acara bola sepak Sukan Asia di
Guangzhou, kelmarin.
KUALA LUMPUR - Peminat dan
pemerhati bola tempatan membidas pengadil dari Australia, Ben Williams yang
melayangkan tiga kad merah dan tujuh kad kuning kepada anak-anak buah K.
Rajagobal dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan A acara bola sepak Sukan
Asia menentang China, kelmarin.
Malaysia kalah 0-3 dalam
pertembungan yang berakhir dengan skuad Rajagobal beraksi dengan lapan pemain,
setelah Safiq Rahim, Mahalli Jasuli dan S. Kunanlan dilayangkan kad merah.
Keputusan berat sebelah Williams
itu mencetuskan kemarahan peminat di sini.
Antara yang meluahkan rasa
kekecewaan terhadap tindakan Williams 'yang tidak masuk akal' itu adalah
blogger terkemuka, Rizal Hashim.
Di dalam blognya
(rizalhashim.blogspot.com), beliau turut 'melayangkan' surat terbuka kepada
pengadil berkenaan.
Dalam tulisannya, Rizal
mempertikaikan keupayaan Williams mengadili perlawanan kelmarin, yang amat
ketara berat sebelah, apabila dua pemain Malaysia diarahkan keluar padang pada
minit ke-27.
Katanya, tindakan Williams itu
mengundang persepsi pengadil berkenaan mahu memberikan laluan mudah buat China
ke pusingan kalah mati.
Lantaran itu, Rizal mencadangkan
agar Williams mengkaji semula rakaman perlawanan tersebut.
Tambah Rizal: "Pemain
pertahanan kanan Malaysia, Mahalli Jasuli telah dikasari. Anda (pengadil) bukan
sahaja enggan meniup wisel, malah memberi kelebihan kepada China. Kemudian,
Mahali dilayangkan kad kuning selepas dia melakukan terpaan ke atas pemain
lawan dalam perlawanan yang baru dimulakan tidak sampai tiga minit.
''Mahali kemudiannya hilang
pertimbangan dan menyepak bola keluar padang, setelah dia berasa Malaysia yang
sepatutnya memperoleh lontaran masuk, tetapi ia sebaliknya.
"Selepas itu, ketua pasukan
Malaysia, Safiq Rahim melahirkan rasa tidak puas hati dengan gaya pengadilan
menjelikkan, setelah anda melayangkan kad merah kepada Mahali.
"Anda sekali lagi bertindak
melayangkan kad merah kedua pula kepada Safiq.
"Kad kuning kedua untuk S.
Kunanlan? Adakah kekasaran tersebut mengancam nyawa, terjahan dari belakang
atau seperti aksi tendangan karate ala Nigel De Jong? Dia menjadi pemain ketiga
dilayangkan kad merah dan anda pula menghadiahkan sepakan penalti.''
Rizal turut berharap, bekas
Pengarah Pengadilan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), Gary Powell iaitu
individu yang memberi pengaruh besar dalam karier Williams, membuat teguran
secara peribadi kepada pengadil itu.
"Saya berharap pesuruhjaya
perlawanan kelmarin, Kul Sophana dari Kemboja, tampil mengemukakan bantahan dan
cadangan terhadap ketidakcekapan anda mengendalikan perlawanan tersebut,''
katanya.
Rizal mengingatkan Williams
supaya mengenang kembali bahawa dia adalah pengadil perlawanan antara Malaysia
dengan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) yang menyaksikan skuad negara yang ketika
itu dibimbing oleh jurulatih, B. Sathianathan dibelasah teruk
SUMBERArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1115&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_03.htm#ixzz5cy7bpz5W
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan