Safiq Rahim
diarak dengan kereta antik pada majlis meraikan pemain itu yang membantu
Malaysia menjuarai Piala Suzuki AFF bulan lalu pada majlis khas di Taman
Purnama Bestari Jaya, Kuala Selangor semalam. - UTUSAN/Mohd. Shaharani Saibi
Safiq, yang
juga ketua pasukan kebangsaan berkata, jika pasukannya bijak mengambil kesempatan
daripada kelemahan Negeri Sembilan, sasaran untuk memenangi treble pada musim
ini, lebih mudah untuk dicapai.
"Semua
pasukan ada peluang untuk menguasai saingan musim ini, kerana setiap pasukan
pasti ada kelemahan masing-masing.
"Jika
kami mengikut arahan jurulatih, saya yakin sasaran musim depan pasti akan dapat
dicapai," katanya.
Dia mengadakan
kenduri kesyukuran di kediamannya di Taman Purnama, Bestari Jaya, di sini
selepas membantu Malaysia menjuarai Piala Suzuki AFF, bulan lalu.
Pada majlis
tersebut, hampir 4,000 penduduk sekitar Bestari Jaya menyertai majlis meraikan
Safiq, yang diangkat sebagai wira di kawasan mereka.
Safiq diarak
menaiki kereta antik mengelilingi kawasan Bestari Jaya.
Mengulas
mengenai statusnya sebagai ketua pasukan kebangsaan selepas kembalinya Aidil
Zafuan Abd. Razak daripada kecederaan, Safiq berkata, atas semangat kerjasama
berpasukan, dia tetap akan memberi sokongan kepada siapa sahaja yang menjadi
ketua pasukan.
"Siapa
yang jadi ketua pasukan, ia bukan masalah kerana pada saya yang paling penting
adalah kami perlu mengekalkan prestasi dan mempunyai semangat berpasukan,"
tegasnya.
Dalam pada
itu, bapa Safiq, Rahim Mohd. Yatim berkata, dia tidak menggalakkan anaknya
beraksi di luar negara, jika ada tawaran daripada mana-mana kelab.
"Saya
tidak akan menghalang jika anak saya mahu beraksi bersama pasukan lain di dalam
negara selain Selangor jika menerima tawaran sedemikian, tetapi saya tidak
menggalakan dia beraksi di liga luar negara," katanya.
Sebelum ini,
Safiq mendedahkan dia menolak tawaran beraksi dengan sebuah kelab di Indonesia,
kerana mahu meneruskan aksi dalam saingan tempatan.
SUMBERArtikel
Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0121&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_09.htm#ixzz5dQzUzBuo
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan