Jumaat, 6 Oktober 2017

Safiq harap keputusan positif



Wartawan Sinar Harian
6 Oktober 2017
Safiq harap keputusan positif
 Safiq harap keputusan positif
Safiq (kanan) dan rakan sepasukan mendengar arahan ketua jurulatih, Nelo Vingada pada sesi latihan hari kedua skuad kebangsaan di Wisma FAM, semalam.
(Ubah saiz teks)

SELEPAS hanya mengutip satu mata dari dua perlawanan kelayakan Piala Asia 2019 dalam Kumpulan B, kapten pasukan kebangsaan, Safiq Rahim mengharapkan keputusan positif mampu dijelmakan pada aksi menentang Hong Kong di Stadium Hong Kong, 10 Oktober ini.

Kata Safiq, rakan sepasukannya harus mengambil kesempatan daripada penundaan aksi menentang Korea Utara yang sepatutnya berlangsung di Pyongyang semalam, bagi memastikan tiga mata dibawa pulang pada perlawanan itu nanti.

Jelasnya, hanya kemenangan akan mencerahkan kembali laluan Harimau Malaya ke pusingan akhir di Emiriah Arab Bersatu (UAE).

"Kami mahu kutip tiga mata di sana. Kami akan berikan yang terbaik untuk pasukan negara kerana ini satu-satunya peluang kita mencapai keputusan yang baik,” katanya.

Safiq juga menyambut baik kehadiran enam tonggak skuad bawah 22 negara (B-22) yang dipanggil bagi menguatkan pasukan.

Katanya, pemain terbabit perlu bersedia seandainya dipilih membarisi kesebelasan utama oleh jurulatih negara, Nelo Vingada.

Pada pertemuan pertama di Stadium Hang Jebat, Melaka pada 5 September lalu, skuad negara bangkit daripada ketinggalan untuk mengikat Hong Kong 1-1.

Sebelum itu, Malaysia tumpas 1-2 kepada Lubnan pada perlawanan pembukaan Kumpulan B di venue sama pada Jun lalu.
SUMBER-SINAR HARIAN ONLINE 6 Oktober 2017

Tiada ulasan:

Catat Ulasan