Sabtu, 14 Mei 2016

Safiq mahu tebus kekecewaan 2013

13 Mei 2016 12:25 AM
Safiq Rahim
Safiq Rahim
JOHOR BAHRU 12 Mei – Selepas gagal dalam percubaan pertama untuk merangkul kejuaraan Piala FA pada 2013, kapten Johor Darul Ta'zim (JDT), Safiq Rahim bertekad untuk memastikan Harimau Selatan tidak kecewa lagi.
Katanya, hanya kemenangan ke atas PKNS FC di Stadium Shah Alam Sabtu ini mampu mema­damkan peristiwa hitam itu daripada ingatan pemain dan seluruh penyokong Harimau Selatan.
Dua tahun lalu, JDT dikecewakan oleh Kelantan dengan kekalahan tipis 0-1.
Safiq berkata, sejak itu banyak perubahan berlaku dalam JDT yang kini tampil dengan permainan lebih matang sehingga mencipta pelbagai kejayaan, termasuk menjuarai Piala AFC 2015.
JDT, yang kini diperkuatkan penyerang import berbisa, Jorge Pereyra Diaz dan Juan Martin Lucero semakin dahagakan kemenangan dan menjadi pasukan digeruni lawan.
"Kejayaan demi kejayaan yang dilakar sebelum ini menjadi pembakar semangat kepada kami untuk beraksi cemerlang dalam perlawanan Sabtu ini, sekali gus membawa pulang Piala FA.
"Berdasarkan prestasi semasa pasukan, saya yakin kami boleh membawa pulang Piala FA tahun ini. Strategi ampuh ketua jurulatih Mario Gomez mampu membantu kami mencapai misi itu," katanya di sini hari ini.
Namun begitu, Safiq meng­ingatkan rakan-rakan sepasukan agar tidak terlalu yakin ketika berdepan skuad The Red Ants.
"Dalam perlawanan gen­ting seperti ini, kami tidak boleh melakukan kesilapan. Jika semua pemain memberi tumpuan penuh terhadap permainan, tidak mustahil kemenangan berpihak kepada kami," katanya.

- SUMBER: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/safiq-mahu-tebus-kekecewaan-2013-1.325294#sthash.TmqL73hB.dpuf

Tiada ulasan:

Catat Ulasan