Nazri Abu Bakar
sukanteam@nstp.com.my
PERSATUAN Bolasepak Melaka United
(MUSA), Damian Yeo bimbang kecederaan pangkal paha pemain tengah Melaka United
(MU), Safiq Rahim menjejaskan persiapan pasukan terbabit menjelang aksi Liga
Malaysia Februari depan.
Menurutnya, ketiadaan Safiq pada
aksi persahabatan berdepan UKM FC kelmarin amat dirasai dengan keserasian
dilihat masih belum mantap sepenuhnya.
Katanya, dia mengharapkan
kecederaan bekas pemain kebangsaan itu pulih segera untk diuji dalam aksi
pramusim sebelum aksi liga bermula.
“Apapun, perancangan teliti harus
dilakukan seandainya Safiq mengalami kecederaan dalam aksi liga kelak terutama
dalam membentuk pemain gantian yang setaraf dengannya.
“Malah saya yakin perencanaan
jurulatih mampu memberi jawapan kepada pemain gantian yang baik untuk
memperkasa barisan tengah jika sesuatu berlaku kepad Safiq,” katanya.
Bagaimanapun, dia jelas gembira
dengan sentuhan pemain tengah termasuk Romel Morales yang kian mantap memberi
impak terhadap kekuatan pasukan dalam perlawanan berkenaan.
Sementara itu, kelibat import
dari Korea Jang Suk- won juga kian mantap di barisan pertahanan sambil dibantu
Curran Singh untuk memperkasa jentera tengah bersama Romales.
Namun, dia melihat keserasian
keseluruhan belum memuaskan sambil mengharapkan ianya dapat diperbaiki pada
sesi latihan dan perlawanan ujian bertemu Negeri Sembilan selepas ini.
SUMBER-Artikel ini disiarkan pada
: Isnin, 20 January 2020 @ 2:31 PM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan