Wednesday, December 21, 2011
Irfan tagih pengalaman Safiq
Rahim
KUALA LUMPUR - Pengalaman yang
diraih bintang Selangor, Safiq Rahim ketika berlatih di Cardiff City mampu
menjadi tonik terbaik buat skuad bimbingan Irfan Bakti menghadapi saingan Liga
Malaysia musim depan.
Irfan berkata, sejak Safiq pulang
dari kelab Liga Kejuaraan itu prestasi yang dipamerkan pemain itu semakin baik,
malah terdapat peningkatan daripada gaya permainan pemain itu.
"Memang ada peningkatan pada
Safiq sejak pulang dari Cardiff dan dia juga menunjukkan sikap yang bagus
dengan berkongsi pengalaman diperolehi bersama rakan-rakan.
"Saya memang harap yang
terbaik buat pemain itu bersama pasukan ini bagi menghadapi musim depan.
"Khabar angin bahawa dia
akan ke pasukan lain pada musim depan juga tidak benar kerana kita semua bakal
menghadapi saingan liga tidak lama lagi," katanya ketika dihubungi
semalam.
Irfan menambah dia akan cuba
memastikan Selangor mampu mendapatkan sekurang-kurangnya satu piala pada musim
depan, selepas gagal mendapat sebarang gelaran musim lalu.
Tambah Irfan, persiapan Selangor
untuk menghadapi liga 2012 juga semakin baik melalui perlawanan persahabatan
yang diadakan.
Malah Irfan juga mahu menjadikan
beberapa perlawanan persahabatan akan datang sebagai medan untuk menilai
penjaga gol yang ada bagi mengalas tugas besar dalam kesebelasan utama
menghadapi musim baru.
"Saya sedang mencari penjaga
gol yang akan mengisi slot dalam kesebelasan utama nanti dan penjaga gol yang
ada seperti G. Jeevananthan serta Norazlan Razali perlu bersaing untuk
mendapatkan tempat tersebut," katanya.[1]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan