Selasa, 10 Disember 2019

Piala AFC: JDT raih tiga mata


MyMetroNode
 
Oleh Mohamad Fahd Rahmat
fahd@hmetro.com.my
Singapura: Meskipun tanpa kelibat pemain import utama, pasukan Johor Darul Ta'zim (Johor DT) tidak mempunyai masalah bagi meraih tiga mata penuh dalam pertembungan dengan Balestier Khalsa FC di Stadium Jalan Besar di sini, hari ini.

Gol tunggal JDT hanya berjaya diraih oleh wira Harimau Selatan, Mohd Asraruddin Putra Omar selepas menerima hantaran daripada Hariss Harun sekaligus memecah kebuntuan permainan yang masuk masa kecederaan.

Tidak menurunkan gandingan penyerang Luciano Figueroa dan Jorge Pereyra Diaz, skuad bimbingan jurulatih Bojan Hodak itu dilihat agak terganggu dengan keadaan padang sintetik yang menyebabkan pemain sukar mengatur serangan pada babak awal permainan.

Namun rombakan dilakukan Bojan yang meletak Safiq Rahim, Marcos Antonio, S Kunalan, Hariss dan penjaga gol Farizal Marlias tidak menjejaskan rentak permainan.

Dalam aksi peringkat kumpulan F itu, JDT memperoleh enam mata selepas mengharungi dua perlawanan dan bakal bertemu dengan Kitchee FC (Hong Kong) yang menduduki tempat kedua kumpulan setakat ini.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 10 Mac 2015 @ 10:00 PM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan