Selasa, 10 Disember 2019

Mimpi ngeri Balestier Khalsa FC


Simpan Artikel
MyMetroNode
            
Oleh Mohamad Fahd Rahmat
Fahd@hmetro.com.my
Johor Bahru: Pasukan Johor Darul Ta'zim (Johor DT) menjadi mempi ngeri buat pasukan tercorot kumpulan F, Balestier Khalsa FC selepas meraih 3-0 dalam pertembungan Piala AFC di sini, hari ini.

Pasukan tuan rumah terlebih dahulu mencipta kejutan pada minit ke-75 melalui libasan cantik Safee Sali selepas menerima hantaran daripada Nazrin Nawi sekaligus menewaskan penjaga gol Zaiful Nizam.

Gol kedua JDT dijaring cantik menerusi sepakan Safiq Rahim yang berjaya mendapat hantaran daripada Mahali Jasuli dan S Kunalan pada m-84 membuatkan wakil Singapura itu tersentak.

Peluang yang tercipta untuk pasukan negara itu semakin menyerlah pada babak akhir perlawanan apabila kesilapan Hanafi yang menjatuhkan Nazrin pada m-87 mengundang padah apabila sepakan percuma yang diambil Luciano berjaya merobek gawang lawan.

Dengan kemenangan itu JDT selesa sebagai pendahulu kumpulan F sekaligus menempa nama sebagai 16 pasukan teratas untuk saingan Piala AFC di peringkat seterusnya.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 13 Mei 2015 @ 12:24 AM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan