SUKAN»Bola
Rabu, 20 November 2019 | 8:08pm
Kesebelasan pemain Melaka United
pada perlawanan Piala Malaysia menentang PDRM di Stadium Hang Jebat, Krubong. -
Foto Khairunisah Lokman
Oleh Zulfaizan Mansor
zulfaizan@bh.com.my
KUALA LUMPUR: Beberapa pemain
Melaka United (MU) berada dalam kebingungan selepas nasib mereka bersama skuad
Hang Tuah untuk saingan Liga Malaysia musim depan masih belum diputuskan
Persatuan Bolasepak Melaka United (MUSA).
Mengikut sumber terdekat, MUSA
masih belum mengadakan perbincangan rasmi bersama pemain terbabit yang mana
kontrak mereka bakal berakhir hujung bulan ini.
Katanya, apa yang lebih
mengecewakan apabila MUSA juga dilihat lebih sibuk mengikat pemain baharu
berbanding memutuskan nasib sebenar pemain yang sudah bersama pasukan itu musim
ini.
"Setakat ini MUSA belum ada
melakukan perbincangan sama ada kontrak beberapa pemain yang akan tamat bulan
ini disambung atau sebaliknya.
"Pemain jadi tertanya-tanya,
sepatutnya MUSA memberikan kata putus bagi menyenangkan pemain yang tak
disambung kontrak mencari pasukan baharu," kata sumber itu kepada BH
Sukan, hari ini.
Sebelum ini, MUSA sudah mengikat
beberapa pemain untuk mengharungi musim depan termasuk bekas pemain import
PKNS, Romel Morales.
Selain itu, sumber berkenaan
turut mendedahkan MUSA masih berdepan tunggakan gaji lebih dua bulan kepada
pemain.
"Pihak pengurusan MUSA
sebelum ini berjanji akan melunaskan tunggakan itu, jadi semua pemain ketika
ini hanya tunggu saja," katanya.[i]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan