Sukan
Jumaat, 31
Oktober 2014 | 6:12pm
Lebih 3,000
anggota polis ditempatkan di Bukit Jalil
KETUA Johor
Darul Ta'zim (JDT), Syafiq Rahim (dua dari kanan) dan ketua pasukan Pahang,
Razman Roslan bersama Ketua jurulatih JDT, Bojan Hodak (kanan) dan ketua
jurulatih Pahang, Zainal Abidin Hassan (kiri) pada sidang media Piala Malaysia
di Kuala Lumpur hari ini. Perlawanan akhir Piala Malaysia akan berlangsung esok
di Stadium Nasional Bukit Jalil. - Foto Osman Adnan
KUALA LUMPUR:
Lebih 3,000 anggota polis akan ditempatkan di Stadium Nasional Bukit Jalil esok
bagi memastikan pertembungan final Piala Malaysia membabitkan Pahang dan Johor
Darul Ta'zim (JDT) berjalan lancar.
Jumlah itu
jauh lebih besar berbanding 2,000 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM)
ditempatkan pada final tahun lalu di Stadium Shah Alam dengan tugas dibahagikan
kepada mengawal lalu lintas selain keselamatan di dalam dan di luar stadium.
Persatuan Bola
Sepak Malaysia (FAM) sebelum ini mengumumkan untuk menempatkan 2,500 anggota
polis namun membuat keputusan untuk menambah jumlah itu hari ini.
"Bagi
memastikan keadaan final kali ini berlangsung tanpa gangguan, kita membuat
keputusan menambah jumlah anggota yang mengawal keselamatan yang akan mengawal
keadaan lalu lintas, keselamatan pemain dan penyokong dalam dan luar stadium,
esok.
"Ini juga
kerana selain final Piala Malaysia, ada dua majlis besar yang turut berjalan di
sini iaitu Perhimpunan Anak-Anak Sarawak Seluruh Malaysia dan perayaan agama
Buddha," kata Pengerusi Jawatan Keselamatan FAM, Datuk Muhammad Fuad Abu
Zarim pada sidang media sempena perlawanan akhir Piala Malaysia, di sini,
sebentar tadi.
Dalam pada
itu, Pengerusi Pengelola Pertandingan Akhir Piala Malaysia, Datuk Afandi Hamzah
memohon supaya peminat kedua-dua pasukan mengawal tingkah laku mereka dan
datang ke stadium lebih awal untuk mengelak kesesakan.
"Jika boleh,
kita mahu lihat final kali ini lancar tanpa sebarang gangguan," katanya.
Pertembungan
final Piala Malaysia di antara Pahang dan JDT dijangka hangat dengan 90,000
tiket yang diperuntukkan FAM habis dijual semalam.[i]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan