Selasa, 8 September 2020

Tujuh perlawanan amat berharga

MyMetroArena

KOMITMEN pemain Melaka dilihat amat tinggi sepanjang latihan. FOTO Ihsan Persatuan Bolasepak Melaka

Nazri Abu Bakar

PENGURUSAN Melaka yakin skuad berkenaan akan bangkit pada baki tujuh perlawanan selepas aksi liga Malaysia yang dijangka bersambung paling awal pertengahan bulan depan.Pengurus pasukan skuad Hang Tuah, Muhammad Akram Abdullah berkata, berada di kedudukan ke -11 liga selepas pemotongan tiga mata pastinya laluan perit untuk kembali melonjak, namun ia seharusnya menjadi titik tolak kebangkitan semula.

Menurutnya, walaupun persiapan pasukan agak agak terhad buat masa ini terutama menerusi latihan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ketat, namun ia bukan halangan buat anak buah jurulatih Zainal Abidin Hassan untuk memberikan yang terbaik.

Beliau berkata, komitmen pemain dilihat amat tinggi sepanjang latihan namun selepas melihat kesungguhan mereka menerbitkan keyakinan setiap pemain bakal bertindak cemerlang pada baki saingan kelak.

"Justeru saya mengharapkan latihan penuh 15 Julai ini menerusi kebenaran kontak membolehkan mereka mempraktikkan corak permainan yang diterapkan bagi berdepan saingan kompetitif.

"Latihan seperti biasa amat perlu dalam memastikan tempo mereka tidak tersasar sebaliknya kental fokus untuk menyumbang mata berharga pada setiap perlawanan," katanya.


Baginya, diakui setiap perlawanan amat penting dalam misi meraih mata penuh sekali gus memperbaiki kedudukan di carta liga.


Akram berkata, sebarang kealpaan harus dielakkan daripada berlaku kerana ia boleh menjejaskan kedudukan di akhir liga kelak.


SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 13 Julai 2020 @ 8:40 PM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan