Khamis, 10 September 2020

Selangor waspada ancaman Safiq

MyMetroArena



Firdaus Hashim

firdaushashim@hmetro.com.my

SELANGOR yang masih segar dengan kemenangan 2-1 ke atas Sabah minggu lalu sudah pastinya mahu momentum sama dikekalkan apabila turun berdepan Melaka United (MU) dalam aksi Liga Super di Stadium Mini UiTM, Shah Alam, malam esok.Namun, aksi konsisten yang diperagakan skuad Hang Tuah dengan meraih enam mata maksimum dalam dua aksi sebelum ini bakal memberi laluan cukup sukar buat anak buah B Sathianathan meskipun beraksi di halaman sendiri.

Untuk itu, bagi 'melumpuhkan' separuh kekuatan MU sudah tentunya dengan menyekat jeneral di bahagian tengah yang dijangka diisi bekas ketua pasukan negara, Safiq Rahim.Kehadiran Safiq sememangnya cukup merbahaya di mana bekas tonggak JDT dan Selangor itu mampu mengancam kubu lawan menerusi hantaran dan sepakan percuma yang selama ini menjadi 'makanan' pemain berpengalaman itu.

Jelas pemain tengah Selangor, Abdul Halim Saari, dia mahu rakan sepasukan memberi aksi terbaik terutama dalam menyekat pergerakan Safiq di bahagian tengah."Melaka sudah dapat enam mata dan kami perlu sedia dari segi mental. Safiq pemain berpengalaman luas, jadi kami perlu beri 100 peratus untuk menyekat dia,'' katanya dalam sesi temubual 'One Two' di laman Facebook FAS menjelang aksi malam esok.


Juara Piala Malaysia sebanyak 33 kali itu ketika ini mengumpul sembilan mata daripada enam aksi dilalui.


Aksi liga yang bersambung semula 28 Ogos lalu selepas ditangguhkan ekoran pandemik Covid-19 pada Mac menyaksikan Selangor sekadar seri 1-1 dengan Petaling Jaya City sebelum bangkit membenam Sabah minggu lalu.


SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 10 September 2020 @ 2:55 PM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan