Jumaat, 4 September 2020

Sharmiza gerun sepakan percuma Safiq

 SUKAN»Bola

Rabu, 2 September 2020 | 10:19pm

Sharmiza mahu fokus 100 peratus hadapi Melaka.

Sharmiza mahu fokus 100 peratus hadapi Melaka.

Sharmiza gerun sepakan percuma Safiq

Oleh Malik Muhammad

bhsukan@bh.com.my

KUALA TERENGGANU: Penjaga gol Terengganu FC (TFC), Mohd Shamirza Yusoff tekad mempertahankan gawangnya daripada dibolosi apabila membuat perhitungan dengan Melaka pada aksi Liga Super di Stadium Hang Jebat, Jumaat ini.

Pemain berpengalaman kelahiran Rusila, Marang itu bagaimanapun mengakui tugas berat bakal menantinya kerana sudah pasti penyerang lawan yang diketuai Uche Agba dan Sonye Norde selain tonggak berpengalaman yang juga pakar sepakan percuma, Safiq Rahim mampu menewaskannya jika tidak berwaspada.

"Apa yang perlu saya lakukan adalah fokus lebih 100 peratus berdepan dengan ancaman pemain lawan bagi mengelak pintu gol daripada dibolosi kerana impian kami juga mahu meneruskan rentak kemenangan ketiga berturut-turut.

"Tetapi apa lebih penting untuk bantu pasukan melakar kemenangan bagi mengukuhkan lagi kedudukan dalam saingan liga, jika tidak bolos itu adalah bonus buat saya dan pasukan," kata pemain yang mula menyarung jersi Terengganu pada 2011.

Pada pertemuan dengan PJ City dan Sabah, penjaga gol yang baharu dua kali beraksi dalam saingan Liga Super musim ini membalas kepercayaan jurulatih apabila beraksi cemerlang menghalang pintu golnya daripada dibolosi lawan selepas pasukannya mencatat kemenangan 2-0 menundukkan skuad The Phoenix dan 4-0 menewaskan skuad Tambadau.

Sebelum ini penjaga gol berusia 31 tahun itu lebih banyak memanaskan bangku simpanan selepas dibayangi dua penjaga gol muda meningkat naik iaitu Muhammad Rahadiazli Rahalim dan Muhammad Ilham Amirullah Razali.sukAN BH ONLINE

Tiada ulasan:

Catat Ulasan