Khamis, 17 Mac 2016

JDT kekal ungguli kumpulan H

SHAFIQ TINO
16 MAC 2016
S Kunanlan
 S Kunanlan S Kunanlan cuba melepasi pertahanan pelawat dalam aksi di Stadium Larkin.
PENYANDANG juara, Johor Darul Ta'zim (JDT) kekal menggunguli kumpulan H selepas menundukkan pasukan dari Laos, Lao Toyota FC 3-0 pada saingan ketiga peringkat kumpulan H, Piala AFC 2016 di Stadium Tan Sri Dato' Hassan Yunos, Larkin, malam ini.

Kejayaan tersebut sekali gus membuktikan Harimau Selatan kekal kebal bermain di laman sendiri meskipun tanpa dibarisi beberapa tonggak utama.

Separuh masa pertama menyaksikan pasukan pelawat lebih selesa mengawal permaianan apabila Harimau Selatan kelihatan hilang punca akibat kehilangan beberapa tonggak utama bagi menggerakkan jentera serangan.

Bagaimanapun, corak permainan Harimau Selatan seakan menemui rentak apabila tonggak utama Pareyra Diaz dan Safiq Rahim dimasukkan pada minit ke 55 mengantikan Nazrin Nawi dan Fadzli Mazlan.

Pasukan pelawat dilihat semakin tertekan apabila terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas pemain pertahanan Takahiro Saito dilayangkan kad merah selepas menggunakan tangan di dalam kotak penalti.

Peluang tersebut dimanfaatkan sepenuhnya kapten pasukan, Safiq Rahim apabila menyumbat gol pembukaan JDT menerusi sepakan penalti pada minit ke 62.

Tuan rumah semakin selesa apabila dikurniakan satu lagi sepakan penalti yang berjaya disempurnakan Safiq Rahim selepas S.Chanturu dikasari pemain pertahanan pasukan pelawat pada minit ke-72.

Amri Yahya kemudiannya menambah satu lagi jaringan tuan rumah selepas gerakan satu duanya bersama Safiq Rahim gagal dikekang pertahanan lawan pada minit-minit terakhir perlawanan.

Keputusan kekal 3-0 sehingga wisel penamat sekali gus meletakkan skuad kendalian Mario Gomez kekal terajui Kumpulan H dengan memperoleh 9 mata serta rekod tanpa kalah dalam tiga perlawanan.

Sumber.Sinar Harian online 16 MAC 2016

Tiada ulasan:

Catat Ulasan