Astro Arena
| Diterbitkan pada September 20, 2015
09:04 MYT
Gol 'trademark'
Safiq lengkapkan kemenangan JDT
Safiq Rahim
meletakkan JDT 3-0 di depan menerusi jaringan 'trademark'nya. - Foto AFP / MOHD
RASFAN
SEREMBAN: Johor
Darul Takzim (JDT) meneruskan momentum kemenangan kali ini dengan menewaskan
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 3 - 2 di Paroi.
JDT mendahului 2
- 0 di babak pertama menerusi jaringan Marcos Antonio pada minit ke-9 dan
Mahali Jasuli pada minit ke-27.
Di babak kedua,
kapten pasukan, Safiq Rahim meletakkan JDT 3 - 0 di depan menerusi jaringan
'trademark'nya menerusi percubaan sepakan percuma yang menggegar gawang Syed
Adney.
Pada minit
ke-68, ATM mula menampakkan bibit-bibit kebangkitan apabila merapatkan jurang
melalui sepakan penalti Abdulafees Abdul Salam.
ATM kemudiannya
dihadiahkan sepakan penalti kedua yang mana kali ini ia disempurnakan bintang
Honduras, Jerry Palacios. Bagaimanapun peluang itu hanya hadir dihujung
perlawanan.
JDT mengekalkan
rekod bersih di Piala Malaysia selepas dua perlawanan dicatatkan dengan dua
kemenangan.
Sumber- http://www.astroawani.com/berita-sukan/gol-trademark-safiq-lengkapkan-kemenangan-jdt-73883
Tiada ulasan:
Catat Ulasan