MyMetroArena
Nazri Abu Bakar
sukanteam@nstp.com.my
KEKALAHAN 1-2 Melaka kepada Johor
Darul Ta’zim (JDT) bukan penamat perjuangan skuad terbabit meraih empat terbaik
malah mampu mengintai tempat ketiga mahupun di tangga kedua liga, kata Safiq
Rahim.
Pemain tengah Melaka bekas
bintang kebangsaan, JDT dan Selangor itu berkata, kekalahan kepada lawan di
Stadium Hang Jebat, kelmarin sememangnya mengecewakan.
Kekalahan itu meletakkan Melaka
di tangga keenam liga selepas berada pada kedudukan empat teratas sebelum ini.
Namun baginya, perjuangan belum
terhenti ketika saingan berbaki empat perlawanan untuk diharungi musim ini.
"Kami mensasarkan kemenangan
pada kesemua empat aksi berkenaan,” katanya.
Baginya, misi Melaka untuk berada
dalam kedudukan empat teratas masih terbuka.
Safiq memiliki rekod cemerlang
menjulang semua trofi termasuk Liga Super, Piala Malaysia dan Piala FA bangga
dengan kejayaan JDT merangkul liga Super enam musim berturut-turut.
Dia pernah mengecap status
kejuaraan lima musim bersama JDT sebelum berhijrah ke Melaka musim ini,
menganggap Harimau Selatan berada dalam kelas tersendiri.
Beliau mengucapkan tahniah kepada
JDT, rakyat Johor dan Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
SUBER-Artikel ini disiarkan pada
: Jumaat, 28 Jun 2019 @ 2:46 PM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan