Rabu, 12 April 2017

JDT bersemangat hadapi TRW

Safiq RAHIM (kiri) berharap pemain-pemain JDT dapat mengekalkan
Namun Safiq ingatkan rakan-rakan agar terus pamer prestasi konsisten
Safiq Rahim (kiri) berharap pemain-pemain JDT dapat mengekalkan momentum kemenangan selepas membelasah Melaka United dalam perlawanan Ahad lalu.

12 April 2017 3:00 AM
JOHOR BAHRU 11 April - Kapten Johor Darul Ta’zim (JDT), Safiq Rahim mengingatkan pasukannya agar terus konsisten dan mengekalkan momentum untuk berdepan Kelantan dalam saingan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu esok.

Ujarnya, skuad Harimau Selatan tidak boleh memandang mudah perlawanan menentang skuad Sang Kancil apatah lagi pasukan lawan itu turut menagih kemenangan setelah tewas 1-2 kepada Pahang sebelum ini.

“Kita tidak boleh ambil mudah perlawanan menentang Kelantan kerana mereka mempunyai ramai pemain berpengalaman.

“Saya harap dalam perlawanan itu nanti, pemain dapat beraksi dengan baik sebagaimana mereka bermain di laman sendiri. Apa yang penting pemain dapat mengekalkan momentum dan moral sekali gus mendapat keputusan yang baik,” katanya selepas perlawanan menentang Melaka United di laman sendiri Ahad lalu yang menyaksikan JDT menang bergaya 7-0.

Menurut Safiq, JDT bakal menghadapi cabaran yang lebih besar, justeru adalah penting untuk dia dan rakan-rakannya kekal positif.

Sementara itu, pengendali JDT, Benjamin Mora yakin anak-anak buahnya mampu memberikan aksi terbaik menentang Kelantan sekali gus memenangi perlawanan dan meletakkan pasukan itu sebagai pendahulu liga.

“Pemain telah semakin bermotivasi, saya merasakan bahawa kami telah kembali ke haluan sepatutnya.

“Kami akan bertemu pasukan Kelantan dalam keadaan pasukan yang telah bersedia sepenuhnya. Kami perlu bermain dengan baik agar kami berada di anak tangga teratas, kami tidak boleh melepaskan peluang ini,” katanya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/jdt-bersemangat-hadapi-trw-1.468349#ixzz4e2YEG0kC© Utusan Melayu (M) Bh

Tiada ulasan:

Catat Ulasan