AMIRULHADI ZAINAL
JOHOR BAHRU 24 Mac - Dua pemain
Johor Darul Ta’zim (JDT) yang sebelum ini mengumumkan persaraan daripada skuad
kebangsaan bersedia kembali ke pangkuan Harimau Malaysia di bawah Kepemimpinan
baharu Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang bakal diterajui Tunku Mahkota
Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
Bekas kapten kebangsaan, Safiq
Rahim dan Mohd. Amirulhadi Zainal, masing-masing menyatakan kesediaan menyarung
jersi Malaysia seandainya khidmat mereka ditagih oleh pasukan.
Pada masa sama, Safiq yang juga
ketua pasukan JDT turut melahirkan keyakinan terhadap Tunku Ismail untuk
membawa perubahan dalam sukan bola sepak tanah air.
“Pada masa ini, saya mahu memberi
keutamaan kepada JDT dan perkara lain yang sedang saya usahakan, tetapi kita
tidak boleh jangka masa depan. Insya-Allah, saya bersedia berbuat demikian
(menyarung jersi Malaysia) sekiranya diberi peluang pada masa depan.
“Apa jua keputusan atau
perancangan pada masa depan itu kita tunggu,” kata Safiq ketika ditemui di Kafe
SR8, di sini hari ini.
Sementara itu, Amirulhadi turut
sependapat dengan rakan pasukannya dan tidak menolak kemungkinan menyarung
semula jersi kebangsaan sekiranya diberi peluang.
“Tahniah kepada Tunku Mahkota
Johor, saya yakin dengan kepemimpinan beliau pembaharuan akan berlaku dalam
bola sepak negara selain bakal mendapat pendedahan lain lebih baik yang memberi
manfaat kepada pasukan negara.
“Kalau saya dipanggil (menyertai
skuad kebangsaan), Insya-Allah. Kita tunggu pembaharuan,” katanya. - UTUSAN
ONLINE
Sumber-Artikel Penuh:
http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/safiq-amirulhadi-sedia-pulang-ke-pangkuan-harimau-malaysia-1.461246#ixzz4cI4ktryF©
Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan