Rabu, 8 Februari 2017

‘Lupakan cuaca, 
fokus untuk menang’

NURUL HUDA HASSAN
06 Februari 2017 12:29 AM
JOHOR BAHRU 5 Feb. - Ketua pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Safiq Rahim menggesa rakan-rakannya agar melupakan cabaran cuaca sejuk dan sorakan penyokong Gamba Osaka, sebaliknya fokus kepada matlamat mereka memenangi perlawanan sekali gus mencipta sejarah menjadi pasukan pertama negara beraksi dalam Liga Juara-juara Asia (ACL).

SAFIQ RAHIM menggesa rakan-rakan sepasukannya agar berusaha mempamerkan permainan berkualiti apabila menghadapi Gamba Osaka pada Selasa depan. UTUSAN/NUR AISYAH MAZALAN
JDT mencipta sejarah apabila menjadi pasukan Malaysia dan Asia Tenggara pertama memenangi Piala AFC, kejohanan bertaraf kedua di Asia, pada 2015. Minggu lalu mereka mencipta sejarah baharu dengan menjadi pasukan pertama negara layak ke play-off ACL selepas menumpaskan Bangkok United.

Kemenangan di ibu negara Thailand itu bermakna mereka bakal berdepan dengan Gamba pada Selasa ini di Suita City Football Stadium di Osaka, Jepun dan jika menang akan ke peringkat kumpulan Liga Juara-juara.

Bagaimanapun, cuaca musim sejuk dijangka menyediakan cabaran getir kepada pemain-pemain JDT tetapi Safiq berkata dia dan rakan-rakannya perlu menguatkan semangat dan memberikan permainan terbaik mereka.

Katanya, dia berharap mana-mana pemain JDT yang berpeluang untuk menjaringkan gol dalam perlawanan itu tidak mensia-siakan peluang yang diberi.

“Insya-Allah, baik saya mahupun mana-mana pemain kalau diberi peluang sudah pasti mahu menjaringkan gol. Jadi, saya berharap siapapun yang dapat peluang itu dapat menjalankan tanggungjawab dengan baik.

“Yang penting, kami akan hasilkan semampu yang boleh untuk menghasilkan keputusan yang baik dan mencipta satu lagi sejarah untuk JDT dan kita juga membawa nama Malaysia,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Safiq berkata, antara perkara pernting perlawanan itu adalah persediaan pasukan terutama bermain dalam cuaca sejuk, namun sebagai pemain profesional dia percaya semua rakannya mampu untuk menyesuaikan diri.

JDT mencipta sejarah mara ke pusingan play-off ACL selepas menewaskan Bangkok United 5-4 menerusi sepakan penalti penentuan dalam perlawanan kedua kelayakan di Stadium Thammasat, 31 Januari lalu.

Sementara itu, pemain baharu JDT, Ahmad Hazwan Bakri berjanji untuk mempamerkan aksi terbaik sekiranya ketua jurulatih Benjamin Mora memilihnya untuk perlawanan itu.

“Gembira tetapi dalam masa sama saya berdebar-debar, bagaimanapun, apa jua halangan atau cabaran yang datang kita perlu hadapi juga. Jadi, kalau saya diturunkan, saya pasti akan memberikan yang terbaik,” katanya sambil memberitahu dia sudah bersedia dari segenap aspek menerusi latihan yang diberikan kelab


sumber- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/8216-lupakan-cuaca-8232-fokus-untuk-menang-8217-1.440879#sthash.xk76QnaC.dpuf

Tiada ulasan:

Catat Ulasan