Sabtu, 29 September 2018

PERMULAAN KERJAYA SAFIQ RAHIM


 OLEH-AHMAD BIN YAAKOB

Lebih menarik, segala kejayaan yang diraih Safiq adalah ketika dia memakai lilitan kapten pasukan.Safiq mula dikenali peminat tempatan seawal usia 17 tahun, apabila dia membarisi skuad kebangsaan bawah 20 tahun kendalian Datuk K Rajagobal pada 2004.Safiq merupakan kapten pertama sebuah kelab Liga Super untuk menjulang kejuaraan liga empat kali berturut-turut


Rajagobal ketika itu baru saja mengambil alih tugas dari Jovan Viera, 14 hari sebelum saingan AFC bawah 20 Tahun (kini bawah 19 Tahun) yang berlansung di Johor Baharu dan Kuala Lumpur.Selain Safiq, pemain-pemain lain yang turut membarisi pasukan itu termasuk Norshahrul Idlan Talaha, Aidi Zafuan and Zaquan Adha Abdul Radzak serta Azlan Zainal.

Biarpun persiapan singkat, Safiq dan rakan-rakan tampil cemerlang dan berjaya ke suku akhir kejohanan dan hanya selangkah lagi ke Piala Dunia Bawah 20 Tahun 2005.[1]
_____________________________________________________
[1]https://www.fourfourtwo.com/my/features/safiq-rahim-pengumpul-pingat-kapten-paling-berjaya-di-era-bola-sepak-moden-malaysia#qSECQ5fTwSOxtFrw.99


SAFIQ RAHIM


Mohd Safiq Bin Rahim (lahir 5 Julai 1987) merupakan pemain bola sepak profesional Malaysia yang bermain untuk dan kapten kedua Johor Darul Ta'zim FC dan pasukan kebangsaan Malaysia. Terutamanya sebagai pemain tengah, beliau juga boleh bermain sebagai pemain tengah tengah. Safiq dianggap sebagai pemain tengah terbaik dalam generasinya.

Dilahirkan di Kuala Selangor, Safiq merupakan anak sulung kepada pasangan Rahim Muhd. Yatim dan Aidah Majid.Dia mempunyai adik perempuan, Safiqa. Safiq memulakan kerjaya bola sepaknya di Sekolah Sukan Bukit Jalil di mana dia belajar di sana dari tahun 2003 hingga 2007. Pada tahun 2006, Safiq mula bermain untuk pasukan remaja kelab kampungnya. Semasa mewakili pasukan belia, beliau telah membantu pasukannya memenangi Piala Presiden Malaysia 2008 1-0 ke atas pemuda Perak di final. Beliau telah menjaringkan gol kemenangan dalam perlawanan itu.[1]
____________________________________________________
[1]https://ms.wikipedia.org/wiki/Mohd_Safiq_Rahim.

SAFIQ RAHIM SEMAKIN TERSISIH DI JDT?

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
sumber-astro AWANI

Selasa, 25 September 2018

Jurulatih JDT nafi ada masalah dengan Safiq


Diterbitkan: Jumaat, 15 Jun 2018 1:09 PM

Oleh: SURYATI MOHD NOR
suryati@thestar.com.my
image: http://www.mstar.com.my/~/media/upload/2018/06/15/13/24/lrsr.ashx?w=620&h=413&crop=1&/

Jurulatih Longhi (kiri) dan Safiq. Foto kredit: JDT

  (Ubah saiz teks)
PETALING JAYA: Pengendali Johor Darul Ta'zim (JDT) Raul Longhi menafikan beliau mempunyai masalah dengan salah seorang pemainnya.

Menurut Longhi, terdapat beberapa pihak yang cuba membuat andaian bahawa hubungannya dengan Safiq Rahim sedang berantakan.

"Ia adalah tidak benar sama sekali. Safiq adalah seorang pemain yang bagus. Tetapi sekarang dia mengalami kecederaan dan perlu mempertingkatkan kecergasan beliau.

"Tiada individu yang lebih tahu mengenai pasukan ini lebih daripada individu yang mencipta JDT. Kita semua tahu siapa individu tersebut," ujarnya dalam satu kenyataan menerusi Facebook rasmi Johor Southern Tigers pada Khamis.

Tambah Longhi,  semua keputusan pemilihan pemain bukan hanya terletak di tangannya.

"Jikalau anda semua mengatakan saya yang menyenaraikan barisan kesebelasan utama pasukan selama ini, atau mana-mana jurulatih yang pernah bekerja dengan JDT, anda silap.

"Di JDT, keputusan dibuat oleh Tunku Mahkota Johor sebagai pemilik kelab, pengarah sukan, pengarah teknikal, saya dan penolong saya.

"Itu sebab ramai jurulatih yang datang dan pergi di kelab ini tetap memenangi perlawanan kerana pasukan ini bukan bergantung kepada jurulatih sahaja tetapi pasukan ini bergantung kepada semangat kesukanan satu keluarga dan seorang individu yang berdiri di belakang kami semua.

"Kesemua pemain JDT tahu mereka bermain untuk siapa. Mereka bermain untuk keluarga tersayang, kelab dan ‘The Boss’.

"Sebab itu jikalau ada pihak mempersoalkan kenapa saya tidak meletakkan Safiq dalam pasukan, ia bukan keputusan saya dan saya tidak perlu terangkan itu keputusan siapa," ujarnya.
SUMBER-Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/sukan/bola-sepak/2018/06/15/longhi-nafi/#WbzBPJUaCEvGoMJl.99